Setakat inilah yang dapatku
sembahkan padaMu Tuhan..
Sudah tentu terlalu banyak kekurangannya..
Aku terlalu sedih sebenarnya, wahai Tuhan..
Ku anugerahkan sesuatu kepadaMu..
yang tidak sepadan,tapi apakan daya..
setakat inilah yang kumampu....
telah kulakukan sedaya yang termampu...
Hanya masih setakat ini sahaja..
Kau tahu betapa sedihnya aku..
jiwa ku merintih selalu..
jiwa kuderita Engkau pun tahu..
mengenangkan ibadahku selalu kurang..
bagaimanapun kuharap terimalah..
walaupun serba kekurangan..
aku sangat malu denganMu Tuhan..
nikmat yang Engkau kurniakan banyak..
namun ibadahku sangatlah kurang..
Tuhan maafkanlah aku
dengan taubatku..
Ampunkanlah dosa-dosaku
janganlah Engkau bertindak ke atasku..
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
ٱلْعَٰلَمِين