بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualikum
!*____*!
Pelbagai cara di gunakan untuk membuat pengunjung tertarik dengan blog kita. Bukan mudah mahu buat orang tertarik, apalagi blogger newbie seperti saya. Boleh dikatakan seperti promoter mempromote barang kat korang, dengan beria-ia mengexplainkan tentang produk tu, dan berharap hasil jualan mereka terjual. Macam juga kita berblogging jangan ada sikap sombong, sebab takde pengunjung yang sudi nak kunjung blog kita, dan perlulah ada sikap rendah diri.
|
Google image |
Sebelum ne share mengenai cara semak SEO, dan ada yang tertunggu entry seterusnya mengenai "Tips membuat ramai pengunjung blog". Ok kita terus dengan tajuk di atas, macam mana nak buat ramai pengunjung blog?? Ada banyak caranya, cuma di sini saya kongsikan 5 tips sahaja.. Antaranya:--
Blogwalking
Dengan blogwalking atau berkomen atau mengunjungi atau melawat di blog lain ialah salah satu caranya agar artikel kita boleh dikunjungi oleh pengunjung lain, sebab masa kita tingalkan komen di blog lain secara tidak langsung, link dari profil blog kita akan tertinggal di form komen. Chatbox juga ada, jadi kalau malas sangat nak tinggalkan di ruang komen, boleh lah drop di chatbox. Jadi tiada alasan untuk kita tidak tinggalkan jejak.
Artikel @ entry
Buatlah entry yang berkualiti dan bermanfaat serta mudah di pahami. Dan jangan sesekali buat artikel yang susah di paham, sebab pengunjung boleh kebingungan dengan artikel anda, ini boleh mengurangkan minat pengunjung untuk teruskan membaca. Sebolehnya kurangkan menulis entry tentang peribadi anda. Sebab kemungkinan pengunjung mulai bosan kalau entry pasal anda sahaja.
Widget
Elakkan memasang widget dan banner iklan yang berlebihan, sebab pengunjung tidak berapa suka kalau blog di penuhi dengan iklan sahaja. Selain itu, aksesori blog kena ada, seperti penggunaan warna blog, font yang digunakan mestilah jangan terlalu smallest, karang pengunjung boleh sepetkan mata semata-mata nak baca artikel anda..hahahah..tidak ketinggalan speed blog, ini amat penting sebab kalau line tengah lidut"lambat" memang langsung tak dapat bukalah blog korang sebab widget banyak sangat. Sampai pengunjung buat keputusan untuk tekan X la jawabnya.
Image @ gambar
Jangan lupa masukkan gambar dalam entry, sebab sebahagain besar pengunjung lebih tertarik dengan gambar terlebih dahulu berbanding entry anda. Pastikan gambar bersesuain dengan entry. Carilah gambar yang paling menarik sekali, biar pengunjung tertarik.
Update entry perhari
Sebolehnya jika anda mampu buatlah entry perhari. Satu hari untuk satu entry, sebab ini memberikan kesan yang baik, kerana pengunjung menganggap blog anda terupdate setiap hari dan ini akan membuatkan pengunjung tidak sabar-sabar nak baca artikel seterusnya. Kemungkinan mereka akan berkunjung keesokan harinya kerana takut ketinggalan bagi setiap entry.
Ok, setakat ini sahaja perkongsian untuk tips ramaikan pengunjung blog. Harap di praktikkan oleh anda semua. Jikalau banyak kekurangan, harap di maafin. Sebab saya pun baru nak belajar.
Saya bukan mahukan follower..tetapi saya mahukan pembaca yang setia..^^
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
ٱلْعَٰلَمِين