بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum
!*__*!
Lama tak online, dan tidak blogwalking blog. Dont worry, siapa yang tinggalkan jejak pasti aku akan singgah nanti. Cuma masa gak kena ambil siket. Kenapa lama tak update, sebabnya busy jadi baby sister ne. heee.. Sebenarnya saya nak cerita pasal benda ne. Sedang aku tadi melawat anak abangku kat Hospital LD, terdengar tangisan seorang baby yang baru sahaja lahir dalam 3 hari. Dengar-dengar dia nak di bedah, saya pun tak pasti sebab apa, rasa kesian sangat dekat baby tu. Sedang dia asyik menangis dan terus menangis, aku tanyalah sama abngku, kenapa dia tu tidak di dukung oleh ibunya, abangku kata dia kena berpuasa sebab nak dibedah. Anduk tak sanggup aku mahu dengar, bayangkan lah bila anak nak susu, tapi tidak di bagi. Sudah ibu, neneknya lagi turut diamkan baby tu. Tapi yang aku tersentuh sangat, bila masa aku nak balik aku ternampak nenek tu, duduk bersendirian di luar wad dan menangis terbayangkan cucunya..Tidak ada siapa nenek mahukan cucunya sakit.
Kita sebagai manusia dan hambaNYA memang tidak pernah lari daripada masalah. Cuma kita perlu bersabar dah redha sahaja, sebab semua itu kerjaNYA, kita jalani dan pasrah, aku turut bersedih bila terbayangkan nasib si baby tu. Semoga dia selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh, baby adalah anugerah terindah, yang tidak dapat dibayangkan. Setiap ibu mahukan anaknya sihat dan membesar dengan baik.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
ٱلْعَٰلَمِين