Memaparkan catatan dengan label Doa tidak makbul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa tidak makbul. Papar semua catatan

Kenapa Doaku tidak makbul

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum
^___^

Kenapa doa kita tidak makbul?? Kenapa doa kita tidak sampai??? Sedangkan kita sudah banyak berdoa dan berserah kepadanya..Kenapa?? Selalu sahaja mengeluh denagn nasib yang penuh malang. Dan kalau rasanya doa tidak termakbul terus rasa down dan berputus asa. Why...why...why....??? Ini kerana hati kita yang buta disebabkan :-

  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya. 
  • Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya. 
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya. 
  • Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya. 
  • Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya. 
  • Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya. 
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya. 
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya. 
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. 

Aku hanya insan yang lemah, pernah merasakan sedemikian. Aku sering berkata kepada diriku, sememangnya sabar itu lebih baik, kerana semua itu pasti ada hikmahnya. Ingatlah..!!!!

Apabila Allah memakbulkan doa kita dengan cepat, maka dia menyayangi kita

Tapi......

Apabila Allah lambat makbulkan doamu, Dia ingin menguji kita

Dan......

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita

Oleh itu......

Sentiasalah bersangka baik pada Allah..sesungguhnya dia lah sebaik-baik pencipta





ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda