BAHAYA!! Jangan makan buah-buahan selepas makan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * *

Dari Dr. Azimuth ELC , Tg. Malim, Perak

TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ini dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Kanser dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!

Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.Ubat utk Kanser sudah ditemui !
Anda percaya?

Saya berdukacita bagi pesakit Kanser yg meninggal di bawah rawatan konvensional.

Pesakit Kanser tidak seharusnya mati !

Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif!

Umumnya makan buah bererti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...

Tapi tidak semudah yg kita fikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH2AN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.
BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!
BAHAYA!

Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung/perut akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton,
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, Anda akan memiliki :-

Badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/ botol Plastik) lebih baik daripada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan2 kerana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:
Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan dan
Makan buah segar saat perut kosong.




Sumber FB


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Gambar T-Shirt Labuh Murah #1

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

 * * * * *
KOD: 8011- Lime green


KOD: 8011- Maroon

KOD: 8012- D.Purple/ Purple

KOD: 8012-Black/ Red

Semua saiz ada...boleh PM untuk lebih detail ek. Sekarang ne banyak sangat bisnes online kan, Cuma dari kita sahaja macam mana nak handle masalah dengan berbisnis ne. Jom pakat-pakat Menjadi Pilihan Wanita Moden Untuk Tampil Sopan Bergaya Bersyariat. ^^

Harga RM35/ sehelai 
HARGA BORONG:
10-19pcs: RM27
20-49pcs:RM25
50-99pcs:RM23
100 pcs and above: RM 21.90


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Pesawat penumpang patah balik ke Perth akibat enjin terbakar

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * 
Perasan tak, sejak akhir-akhir ne ada saja kemalangan kapal terbang. Banyak sangat mengenai pesawat. Ermmm...semua itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. 

PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. 


Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. 

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. 
"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. 

Sumber : BH

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Jom tanya soalan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!



Sekarang dah ada pasang widget ask.fm. So, bagi sesiapa yang nak tanya privite ker, boleh usha sana ok. Tanya jer apa-apa yang nak tanya. Heee...Act, ada komen blogger yang tak dapat nak jawab, sebab memang langsung takda masa nak jawab.

Sebab itu, saya pasang widget ask.fm ne. Harap dapat membantu ek. Jangan tanya pasal kahwin sudah.. hahahhaa. dan jangan lupa follow http://ask.fm/CYntaIeda . senang saya follow back nanti.

Jom tanya soalan 

? ? ? ? ?



ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *
 http://blogashalya.blogspot.com/2014/04/segmen-first-annivessary-blog-asha-lya.html

Khas buatmu Asha.. hihihi..Moga menang yah..ahahahhaa 

B - Blog asha alya di beri nama
L - Lembut lagi peramah owner dia
O - OMG blog dah sampai setahun rupanya
G - Gara-gara berblog dapat kenal dia
A - Aku tak sangka sabahan juga rupanya
S - Saban hari tak lenguh singgah blog aku
H - Harus di puji sikap peramahnya
A - Aku rasa suka berkawan dengannya
L - Lebih-lebih lagi sabahan juga
Y - Yangku tahu x lama jadi istri orang
A - Apa-apapun selamat ulang tahun utk blog asha.. ^^
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Panasnya api neraka

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan, maka Allah SWT telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as.

Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Jibril:"wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as." Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ? Jibril: sebesar kurma...Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70


Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itu pun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Cara mudah pakai tudung

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *


Cara mudah menggayakan tudung. Tak rumit dan memudaratkan duit anda. Tak perlu lilit sakan, tak perlu pin sana sini..

AHAHAHAHHAHA




Sumber Facebooker
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Cuba, try, test Tengok

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

 

Biar gambar berkata-kata

untuk hapuskan habuk kat blog aku ne

ahahahha..be creative

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Zaman kanak-kanakku

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Pertama kali zaman kanak-kanak ku di perkenalkan dengan nyanyian hujan rintik-rintik sehinggalah jadi sebuah muka, bercampur dengan kiraan, kononya mengajar erti mengira..ehehhe



Pernah dengar tak, lagu ne :-


Hujan rintik-rintik
Air bergelombang
emak kasih duit 
saya pergi sekolah
tiga campur tiga
saya jawap enam
cikgu tanda rait
saya boleh pulang

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Cerita pendek semasa interview

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *
 Cerita pendek....!!! Tadi masa aku interview di salah sebuah syarikat Produa, yang terletak di Alam Mesra Kota Kinabalu : -

Beberapa jam kemudian 

* * * 
Service Manager : Ada watsapp 
Saya : Ada 
Service Manager : Ohh, guna number ne kan? "lihat resume"
Saya : Eya
Service Manager : Itu nama fb kah "Sambil lihat resume"
Saya : Taklah, itu email saya
Service Manager : Ohhh
Saya : Senyum :)
Service Manager : Ada boyfriend 
Saya : Teman dekat
Service Manager : Apa orang panggil dalam Malay Bf
Saya : Kalau bf, lebih special siket..sambil tersenyum
Service Manager : Ohhhhh...

Sambung interview semula 

* * *

End 
Service Manager : Nah ambil bisnes kad ne, boleh call mahu tanya apakah, dan kalau ada masalah peribadi kah?
Saya : Senyum, terima kasih

Belah dari Produa. 

Note * Darilah jam 10am sampai 12pm di interview. Dari formal sampai x formal... Buat sesi soal jawab pulak tu sama penginterview.. ahahhahaha...Masa interview tidak habis-habis gelak dan ketawa sama service manager tu..Dah kenapa? wkwkwkwkkw




ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

WW : Selamat Pagi

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

*Selamat Pagi " 

"Morning "

Ya Tuhan..
Mudahkanlah segala pekerjaanku hari ini
aku berusaha agar yang kulakukan
hari ini adalah kebaikan
Amin ..

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Tudung Fareeda Mawar vs Yuna Bella

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *
Sekarang ne heboh lagi citer mengenai tudung Fareeda. Yang dikatakan meniru atau menciplak hak patern tudung Fareeda. Kalau dari pandangan aku sendiri, aku tak berapa minat sangat dengan tudung ne, bukan apanya mahal sangat baaahh, heee...lagipun pendek dan memang tak sesuai kalau aku guna. Saya lebih gemar memakai tudung bawal ataupun shawl yang bajet pun dalam RM30 kebawah dah berbaloi, dan macam-macam boleh di gayakan. Lagipun tudung bawal sekarang ne pun banyak jenis dah, macam-macam ada. Belambak kat pasaran, dan lebih murah okay, itu yang penting.. hihi

Ok, tadi ada ternampak BeautifulNara buat entry berkaitan tudung bawal Mawar Fizo Omar dari Yuna Bella. Scrol punya scrol, macam menarik juga tengok tutorial yang di gayakan oleh blogger Yuna ne, creative juga, semacam dengan tudung Fareeda. heee..Boleh di cuba nanti ne, jadi tak lah buang duit, hahahhahaha...



Nak copy picture kat BeautifulNara memang tak dapat, terpaksa satu persatu printscreen dan crop then edit semula, sebab rasa menarik pula kalau di buat entry, kot-kot nanti nak cuba, boleh tengok entry sendiri. hehehe...

Kepada blogger yunabella, thanks sebab buat tuto ne, cantik, menarik, tertarik, memang kebabom la. hahahhaha, rasanya marah tak kalau saya pinjam gambar awak kejap, hihi...femes kejap pun tak apalah..

Untuk wanita yang memang kaki bawal, nah korang boleh praktikkan gaya ne, sebiji macam Fareeda, cuma bezanya murah dan gaya sendiri. hehehehe..Memang lawalah...conform nak try, mesti nampak cute kan. wwkwkkwkwkw....ok perasan, jum kenal Yunabella ... ^^



ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Tudung Fareeda Vs Lato Ieda

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Asyik-asyik entry berkaitan tudung FAREEDA, takde lain kah? Memang hebat penangannya tudung FAREEDA ne, ini sebab tutorial yang di gayakan oleh blogger yunabella la ne, dah semakin femes dah adik kita serong ne, asyik-asyik orang sebut nama dia jer. Karang batuk terus cik adik kita tu. Heehehe

Di sebabkan tudung FAREEDA punya pasal, blog aku pun turut femes kejap, mana tak nya, keywords FAREEDA tu la yang naikkan pageviews blog aku naik kebelakangan ne. Sampai google pun senang nak detect blog aku dan berada carian teratas google. Bangga kejap..hihi.

Abaikan tajuk di atas yang tiada kena mengena dengan entry ^^

Okay, forget it.. Sebenarnya cuba korang lihat gambar kat atas ne.. Siap telan air liur aku bila tengok picture ne. Kalau orang Sabah mesti tahu punya. Boleh di katakan rumpai lautla, tapi aku sebagai bangsa bugisnese panggil makanan ni "Lato".

Dicicah dengan lada, tambah siket limau,, uhhhh...tak dapat nak bayangkan keenakan Lato ne. Sekarang ne ni pun tengah telan air liur siap menaip. ahahahhaha.. Cara makannya senang gak, rendam Lato ne guna air, senang kira cuci Lato lah macam tu, rendam macam tu gak, ambil sebatang, celup dengan lada yang dicampurkan perahan limau, campur garam siket, comform hilang telinga. ahahahhaha... 

Memang terbaik lah..favourite ne..makan cam tu gak..fuff.!!! lazat sampai nak lagi..heee...korang pun try lah...tak rugi punya ..

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Pageviews mencecah 4K

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Hebat betul penangan mengenai tudung Fareeda ni. Sejak buat entry Tudung Fareeda Mawar vs Yuna Bella terus melonjak naik orang yang visit blog aku ne. Rangking pun menaik mendadak. Selalunya bila tengok pageviews under 3oo orang sahaja yang visit, barusan untuk entry ne dapat 4K lebih orang view semata-mata berkaitan tudung Fareeda ne. Hebatt..sungguh hebat..Ini kerana tudung yang di gayakan oleh blog Yuna yang membuatkan orang ramai semakin tertarik. 


Bukan senang nak kekalkan pageviews ne, lagi-lagi blog yang tidak femes macam blog kita ne. Heeheh..Takpe, asalkan ada orang visit per'today kira ok lah kan.. heeee..

Mesti ramai yang kaki tudung bawal dah tiru gaya Blog yuna ne kan. Mana tak nya, bajet pun sekadar, orang kata "Murah giler" dahlah dapat design sendiri, senang pula nak bentuk, tudung labuh siket, conform puas hati lah..Heee...Ada masa nak buat jugak, ala-ala Fareeda gitu. Hahahaha.Ini bagi orang yang berpendapatan rendah tapi mahu sangat berfesyen. hihi..

Note*Ok jom tambahkan lagi pageviews blog hunyeda. Biar kebabom and terus perasan yang aku ne sebenarnya blogger kah or sekadar menghambur di carian goggle. wkwkwk ^^



ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Blog hunyeda diatas carian google

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

Happy monday semua.. Asal dengar hari isnin mesti, badan secara automatik malas nak bangun di pagi hari. ya tak? heee...Semalam saya cuba search kat google seperti "Fareeda" last-last ni yang keluar. hihi...Tak sangka pula keywords yang digunakan boleh menjadi rangking ke-3 pencarian goggle. Terima kasih pak google, sebab buatkan blogku terkenal sekejap. hihi


Korang pun boleh search dan tengok sendiri ok, Fareeda punya entry membuatkan blog hunyeda terkenal sekejap. hahahha..tak sangka pula, sepertinya aku tambah yakin yang kini aku adalah seorang blogger, yang cukup tak terkenal lagi rendah diri. ahahahhaha

Sebenarnya, semua enrty pun boleh membuatkan blog kita berada diatas carian google, cuma perlu menggunakan keywords yang memudahkan pencarian. Contohnya, kalau nak buat sesuatu tajuk entry tu, kenalah gunakan cara orang tua menaip, seperti tajuk "Masalah tidur malam". Kalau korang buat tajuk macam ne pula "Masalahku yang tidak dapat tidur malam" atau Tak dapat tidur malam, masalah yang dialami" conform-conform goggle susah nak detect blog korang sebab, tajuk payah bebenar google nak search. hihi..Sebelum ni berkongsi tentang Cara mengatasi masalah susah tidur

Itu salah satu cara yang boleh aku bagilah, tak tahu dapat membantu ataupun tidak, sebab itu dari pengalaman aku sendiri. Ok la bye.


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Entriku di blog lain

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Dapat tahu dari komen blog nana tadi. Yang entry aku buat berkaitan "Tudung Fareeda Mawar vs Yuna Bella" kena copy oleh blog Mata Bulat nasib awak credit saya.. Kalau tak dah naik berang dah ni..hihi..berangkah?? 

Ermmm..bukan apanya, semua yang tertulis kat blog hunyeda ne adalah dari isi kepala saya sendiri. Tak salah pun nak copy, yang penting awak credit kan saya k. Hiii ^^ Boleh??? 

Terima kasih ek, sebab menambahkan lagi blog aku ni terkenal. Muahahahhaha....perasan bagus kan...ermm,, ok abaikan gelak tu...Saya bukan blogger terkenal, tapi saya mahu blog saya di kenali ramai..hihi


Yeayyyyy..akhirnya aku sedari yang aku sebenarnya adalah seorang blogger. hahahhaha..bukan itu sahaja, berblogging juga banyak membuatkan aku memeras kepala dan memepengaruhi otak aku untuk berfikir, memikirkan entry yang terbaik untuk para pembaca di luar sana.

Sekadar pengisian di tengah malam. Ok assalam
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Masih dapat melihat keindahan ciptaanMU

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

Selamat berhujung minggu semua

Alhamdulillah masih lagi di beri peluang melihat keindahan citaanNYA

hujung minggu korang buat apa ekkkkk??

Tidur sehari kat rumah?

shoping?

liburan?

makan-makan angin jer?

dating?

layan tv 'Melodi'?

kemas halaman rumah?

hehehee..Jom sharing.. ^^




ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Pesawat #MH370 Sah Dirampas

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

* * * * *

Berita Terkini Pesawat MH370 Dirampas Bukannya Terhempas Di Lautan Hindi : Berdasarkan sumber perisikan tertinggi Rusia, mereka mendakwa pesawat MH370 dirampas bukannya kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi 

Malah bertambah teruk lagi apabila sumber perisikan tertinggi Rusia mengatakan..pesawat MH370 telah dilarikan ke Afghanistan berhampiran sempadan tertinggi.
Berita Terkini Pesawat MH370 Dirampas Bukannya Terhempas Di Lautan Hindi : Berdasarkan sumber perisikan tertinggi Rusia, mereka mendakwa pesawat MH370 dirampas bukannya kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi 

Laporan Rasmi The Daily Star
Malah bertambah teruk lagi apabila sumber perisikan tertinggi Rusia mengatakan..pesawat MH370 telah dilarikan ke Afghanistan berhampiran sempadan tertinggi.

Sumber laporan risikan tertinggi Rusia (badan perisikan Rusia) yang dilaporkan oleh portal berita The Sun mengatakan :

  • Semua penumpang pesawat MH370 masih hidup
  • Penumpang MH370 telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan
  • 20 penumpang Asia yang merupakan "kumpulan pakar" telah diseludup ke kubu di Pakistan.
  • Laporan rasmi akan menyusul…
  • Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia
Sumber my buletin
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Cara mengatasi masalah susah tidur

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*__*!

Ada yang belum tidur lagi..Macam saya..heee..Emm tiap-tiap malam mengalami masalah susah mahu tidur. Selalunya benda yang buat aku tidur ialah dengar lagu dan kosongkan fikiran. Selagi otak masih berfikir dan berangan selagi tu lah aku tak boleh tidut. hihi^^

Selalunya penyebab susah tidur ne atau di panggil INSOMNIA adalah di sebabkan sering begadang menonton tv, mengerjakan tugas, tidak punya waktu tidur yang tetap, tidur dengan perut kosong, beban fikiran, masalah keluarga, ataupun stress kerja.



Antara tips-tips cara untuk mengatasi masalah susah tidur :-
  • Biasakan tidur teratur pada jam yang tetap, maksimum jam 11 malam.
  • Kurangkan dan elakkan bergadang.
  • Elakkan makan lewat malam, tapi mcm saya memang tak hiraukan langsung pasal makan malam ni, tu yang susah sangat mahu tidur.. hee
  • Kurangkan minum kopi, minuman beralkohol, dan juga merokok pada waktu malam
  • Lakukan apa yang anda sukai, seperti suka tidur dengan lampu tertutup atau dengan lampu terang.
  • Selain itu, nak ada lagu serta alunan muzik, ataupun sepi. Korang kenali gaya tidur yang macam na sesuai dengan korang.
  • Pilih yang sesuai, nak guna aircond, ataupun kipas di saat anda mahukan yang lebih nyaman.
  • Guna selimut tebal, kalau panas abaikan jer.. hee
  • Minta orang-orang sekitar untuk tenang, jikalau tidur dengan housemate yang mempunya bilangan yang ramai..heeee
  • Badan sentiasa selesa dan nyaman
  • Paling penting baca doa dan jangan lupa cuci kaki.huhu
P/S Rasanya apa yang korang buat bila mengalami masalah susah tidur ne?? Jom share..
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Sahabatku Cintaku

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

Terdetik mahu buat entry mengenai ni, sebab ada orang suruh dengar lagu ne. hehehe..

Dia adalah lelaki yang akhirnya meluah selama ni terpendam.

 Sebelum ne pernah buat entry tentang Meluah hati terpendam . 

Kalau korang dengar lagu ne, nah macam tulah perasaan si lelaki ketika itu dan saat ini.. hihihi...

Jom dengar...hahaha..kelakar pun ada..



Wahai sahabat aku yang baik
Bolehkah aku bila jadi pacarmu
Karena aku tlah jatuh
Jatuh hati padamu
Sejak aku bersahabat denganmu

Rasa ini tak bisa ku pendam
Memang ku bukan seseorang yang memendam
Ku begini adanya hanya seorang manusia
Yang ingin mencinta dan dicinta

Padamu telah ku putuskan
Cinta dan ketulusan terakhir
Ku labuhkan di hatimu

Yang penting aku sudah katakan
Sebuah perasaan yang tumbuh di hatiku ini
Tertanam yang ku mulai
Mungkin dari sebuah kisah persahabatan
Iya atau tidak jawapanmu
Ku serahkan semua ikutilah kata hatimu
Ku tak akan memaksa
Namun aku sungguh sangat mencintaimu

Padamu telah ku putuskan
Cinta dan ketulusan terakhir
Ku labuhkan di hatimu

Yang penting aku sudah katakan
Sebuah perasaan yang tumbuh di hatiku ini
Tertanam yang ku mulai
Mungkin dari sebuah kisah persahabatan
Iya atau tidak jawapanmu
Ku serahkan semua ikutilah kata hatimu
Ku tak akan memaksa
Namun aku sungguh sangat mencintaimu
Mencintaimu..
Sahabatku cintaku


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Bila wanita dilihat oleh sang adam

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Hal ne selalu bermain di fikiranku. Kononnya nanti nak buat entry berkaitan ne lah. Tapi tak tahu macam na nak mulakan, selalu gak terjadi macam ni. Berlegar-legar sampai terdelete kat kepala. hehehe..Act, aku terfikir kenapa wanita yang berpakaian muslimah menutup aurat pun lelaki ada keinginan mahu melihat. Contohnya, memerhati sama wanita tu, samaada memerhati ada niat yang baik ataupun sebaliknya, sedangkan baju dah menutup aurat, labuh dan sepertinya.

Dan terfikir lagi, inikan menutup aurat..jadi macam mana pula dengan wanita yang tidak menutup aurat, guna baju ketat...guna lengan pendek, nampak paha, nampak gunung.. woaahh...takkan lelaki menoleh walau sesaat. huhuw...ya tak???

Kalau nak dikatakan muslimah, tak lah juga, tapi aku selalu gak guna baju yang panjang dan labuh ke lutut, tapi jarang..hihihi. tak lah alim sangat. Berstokin pun tidak..adehhhh....tapi berkeinginan mahu berusaha menjadi yang baik, cuma ambil masa perlahan-lahan. Boleh ???

Nak di jadikan cerita tadi. Terasa lapar dan ke kedai membeli sesuatu yang hendak di makan.. Biasalah kenalah jalan kaki kan. Sebab jarak rumah dengan kedai tak lah jauh sangat. Tapi asal gak lalu nak kekedai mesti ada gak lelaki ni memandang. Ermm..bukan setakat pejalan kaki, siap ada yang tengah drive pun memandang, karang terlanggar kereta kat depan tu. hahha.. 

Tadi gak ada sorang mamat ne dengan motor dia...ke kanan..kekiri tayar dia gara-gara tak fokus, last-last ada kereta kat depan..nasib tak berlanggar, entah apa gak yang dia pandang kat aku ni.. xox0...Cantik pun tak, seksi pun tak? hahahahha..ketawa sendiri bila tengok mamat motor tu.

So, sekarang..korang rasa kenapa kita mesti menutup aurat bagi kaum wanita..?? Dapat fikir kan.... Kepada kaum adam, saya paham anda lelaki tetapi..kenalah jaga pandangan juga.. sebab wanita akan berasa kekok bila ada yang memerhati. Apalagi bila jalan sorang-sorang.. Jadi kita sama-sama menjaga dan di jaga akhlak kita..hihihi. "Bila wanita berkata utk sang adam"

Apa yang kurang...minta di maafkan..dan apa yang tersalah harap di ampunkan..Sekadar perkongsian dan ambil yang baik sahaja...Insan yang berusaha mahu belajar.. Thanks 




ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * * * *

Ur welcome nana... Hahahahak..tak tahu sangat pun pasal ni.

cuma tadi sempat blogwalking sama blogger HH dan Acikidah.. 

Ada di antara mereka pun sama masalah dengan nana

jadi, share gak la apa yang dah mereka kongsikan tu..hihi

tak sangka pula ok dah kan...


Banyak sangat blogger mengalami masalah begini sekarang.. 

Buka blog, lain blog yang keluar..ya tak?

saya cuma kongsi apa yang dah blog lain tulis erk..bukan copy, just sharing

entah dapat membantu atau tidak

korang kena buang widget GUA.Blog yang terdapat dalam blog korang

ataupun widget yang korang nampak asing..

delete gak semua tu..maybe itu puncanya jadi macam tu

Ok..selamat semuanya



ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Wordless Wednesday Malas membaca rajin mengomen

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!


FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman




ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Jom senyum

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

* * *

Jom senyum....!! Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Bukan sahaja memberi sedekah, bahkan dapat menegangkan otot-otot muka serta boleh awet muda tau...heeee....Mari senyum reramai.. ^____^
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Keadaan dirimu bagaimana

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

!*__*!

Kekadang kita lupa bagaimana keadaan diri kita sendiri. Termasuk aku sendiri yang suka main tengok gak, tak selidik baik-baik dah kata itu, ini..nah aku lah tu...asyik berfikir negetive jer. huhuw... Yalah benda yang kita fikirkan, tetapi akikatnya bukan seperti apa yang kita fikirkan tu. 


Ini peringatan buat diriku sendiri..Jangan asyik melihat orang begitu..begini... Sedangkan tak sama apa yang kita fikirkan, seeloknya berfikiran positif gak, ok ieda. hehehhe...

Tapi mesti bukan aku gak yang berfikir begini...mesti pandangan korang pun lain semacam kan, kalau benda yang tak elok kita tengok di depan mata. Ya tak?? 



ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Sunnah Rasullullah yang tidak sewajarnya di tinggalkan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

Salam maghrib buat semua sahabat blogger..

Entry khas maghrib untuk tatapan semua

Semoga kita sentiasa mengingkuti sunnah Rasullullah

Photo: 7 Sunnah Rasulullah yang tidak sewajarnya ditinggalkan...
Insyaallah...

Sebolehnya amalkan daripada 7 di atas

Jangan di tinggalkan

Berusaha untuk menjadi yang baik

semoga kita sentiasa di beri petunjuk dan hidayah dariNya.. 

Selamat menunaikan solat mahgrib bagi area Kota Kinabalu

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Short Segmen by Sally Samsaiman

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

****

Segmen ni sally buat sempena nak buat GiveAway utk barang-barang yang ada sally mention dalam entry SINI...so, saje nak pancing...nak tengok market...kalau ramai yang yg join nanti sally buat GA pulak..okay..?



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog SallyAdd To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Klik 1,2,3,4.
  3. Like Page My Beauty Herbs & Like gambar SINI.
  4. Buat satu entry bertajuk Short Segmen by Sally Samsaiman.
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Segmen : DAILY AHMAD by NIL

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html

DAILY AHMAD Who knows?? First time dengar nama Daily Ahmad, iaitu seorang artis baru youtube berbakat besar yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dan seorang lecturer muda. Wah mudah sangat ni dah jadi lecturer boleh tahan untuk kejayaan beliau. 

Beliau merupakan lecturer di Kolej Technology MEA. beliau menamatkan diploma di UiTM Malaka, Diploma in Graphic Design And Digital Media dan menggenggam segulung ijazah di UiTM Shah Alam, Bachelor of Graphic Design and Digital Media (Hon) and (minor in photography). 

Bakat menyanyi yang ada pada beliau membuatkan Daily Ahmad meluaskan lagi bidang nyanyiannya di laman sosial youtube. Bukan sahaja berbakat, tetapi ada package tersendiri dengan suara beliau cool lagi gentel. heee... Salah satu lagu yang di tulis beliau sendiri ialah SI MANIS. Bila dengar jer lagu ne, siap aku bergoyang-goyang bahu dan kepala, dengan melody yang bersahaja oleh beliau, sesuai dengan peredaran industri sekarang. Kena kreative untuk sesuatu yang bisa menarik pendengar yang setia. Seperti Daily Ahmad. ^^


LIRIK : dailyahmad MELODY: dailyahmad MUSIC: asry hasan

hey si manis
wajahmu sungguh rupawan
hatiku ini rasa tak keruan
wajah mu umpama bidadari syurga..terindah
terasa inginku memilikimu

hey si manis
kau sungguh mempesonakan
wajahmu berseri bagaikan bulan
senyumanmu bisa meruntuhkan jiwa..gelora
menggodaku di setiap masa

chorus
dan kaulah si manis
berikanlah ku cintamu
kanku jaga selamanya
walau apa halangan menduga......bersama
kan ku tetap ada disisimu....selalu
kau si manis di dalam hatiku

dengarlah si manis
ku lafazkan oh cintaku
terimaku seadanya
ku berjanji akan terus setia.......selamanya
tiada dua dan juga ketiga......dirimu
kau si manis di dalam hatiku (3X)

Komen jujur berkaitan lagu SI MANIS
  • Melody ala-ala relax gitu.
  • Lyrik yang seakan-akan memuja si manis, wanita yang disukainya dalam lagu tu
  • Apalagi bila lelaki macho seperti DAILY AHMAD yang menyanyi untuk wanita, pasti cair ohhh
  • Conform si wanita perasan habis bila dengar lagu ne.
  • Suara beliau betul-betul kelakian, yang membuatkan lagu ne menjadi, hehehe
  • Lagu yang boleh jadi hits suatu hari nanti

Pesanan buat beliau
  • Semoga berjaya dan menjadi penyanyi yang di kenali ramai
  • Semoga lagu-lagu anda dapat di terima pendengar
  • Banyakkan lagi lagu-lagu yang dapat menarik pendengar dengan melody yang indah
  • Selalu menggunakan melody yang dapat mencuit hati pendengar dengan perkembangan sekarang
  • Dah ada package, tinggal tingkat lagi usaha untuk mencapai impian nak menjadi penyanyi.
  • Semoga....tercapai apa yang di inginkan 
Untuk mahu kenal lagi dengan DAILY AHMAD, boleh terus jejaki beliau di 





ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Cantikkah aku dimata-NYA

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!!*___*!
~Alhamdulillah~ 
terima kasih YA ALLAH 
kerana mengizinkan hamba bernafas lagi 
untuk meneruskan hari ini


Bila kita dijadikan manusia apalagi wanita yang kerap kali melihat cermin. Inilah kita wanita yang sentiasa mehukan kecantikan di mata orang. Sentiasa mahukan kesempurnaan di mata pemandang. Tetapi kita tidak sedar adakah kita mahu cantik di mata orang ataupun di mata ALLAH.

Semoga sahaja kita cantik di mata ALLAH, buat sahabat blogger semua yang bergelar wanita. Sedangkan aku yang serba kekurangan ini mahukan kecantikan selalu namun aku tidak sedar wanita muslimah juga menatap cermin tetapi mereka membelek dirinya agar kelihatan cantik di mata ALLAH.  




ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Nuffnang bagi CPUV lagi dan lagi

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

Pagi u alls.. heee....salam sabtu..awalnya nak update entry kan..semangat ni taukkk...heeee...yalah cuba tengok nuffnang kita ne, tak kan baru gak buka hari ne dapat CPUV lagi dari Xaxis RON, sekali lapan tau, tapi CPUV ne terus gak credited, saya pun tak paham..hahahaha, kemarin buka nuffnang, takde pula CPUV ne, sekali gatal tangan nak tengok balik, last-last keluar macam ne, tak sempat on going pun... terus creadited semuanya..Siapa tahu? hihi..yokk kongsi deh? ^^


How, saya pun tak tahu kenapa. Ermm pepagi dah citer pasal nuffnang. Orang pun dah naik angin baca pasal nuffnang gak. hahaha..Maklumlah, dah bergiat aktif semula, dahulunya ada nuffang juga, cuma tak letak iklan ne sebab ingatkan nuffnang langsung tak ingatkan kita. hahahaha...Thanks nuffnang, ok bye.. hahaha


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

CPUV ke tiga Nuffnang OHM Colgate

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

CPUV ketiga Nuffnang. heee....tak tahu pula rupanya nuffnang ni baik hati juga ek..hahahha...
Tapikan..saya tak tahu sangat pasal nuffnang ne.. siapa boleh bagitau apa kepentingan CPUV ne erk? macam samar-samar lagi rasanya yang saya tahu.. hahha..pandai letak iklan gak, tapi tak mengerti langsung. xox0..


CHM Colgate..buat korang semua, mari support saya erk, kalau ada iklan yang cute tengah berlegar-legar tu, jangan segan click erk..hihi...dan inform, nanti kite balas balik, buat baik, di balas baik, ya tak? Thanks nuffnang memberi dan sangat memberi kepada saya yang baru nak jinak-jinak ne. Hug siket.^^

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Mencari sponsor untuk Giveaway Third Hunyeda

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

!*___*!

Hola..holi...hihi....Rasanya nak buat Giveaway ketiga plak.. Jeng-jeng....Siapa rasanya sudi nak sponsor..Tapi ini siapa cepat dia dapat ek. Sebab bukan semua sponsor saya ambil. Tertakluk tema dan syarat.. heeee....

Syaratnya :
  • Hanya 2 syarat gak perlu
  • tiada click iklan
  • Hadiah seperti Topup rm10x2 maximum, barangan pos, mahupun cash. 
  • Kalau ada sponsor yang sudi sponsor lebih dari satu hadiah, syarat boleh runding..^^
  • Tempoh 3 hari pencarian


Simple gak kan..Boleh terus PM di CYnta Ieda. Giveaway Third Hunyeda ne kemungkinan akan berlangsung selama 2 minggu gak. Tak nak lama-lama...nanti kelupaan.. hahaha
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Suka-suka

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

********

Hello Peps..heee..rasa gatal plak tangan ne nak menaip.. Tapi tak tahu nak kongsi pasal apa.. kita try gak la taip ek.. Tak suka tak payah continue baca. Hahahahha. Act nak share kain yang kita terima dari mak Mr J. eheeemmm…kena bagi kain bha saya oleh bakal mak mertua.. hahahhaha…tapi rasa malas plak nak share sebab takde gambar dia. Nanti dah take pic baru buat entry tu ek. Heeee…




Rasa nak tambah entry gak kat archieve bila tengok tak banyak yang update bulan lalu. Yalah, bz memanjang. Heee….bz keja tak lah juga, tapi banyak masalah, itu yang tersangkut nak buat entry.

Ermm…nak mention sama blogger cik itah n Asha Lya ne.. bila nak ketemu..karang buat renioun untuk 3 orang blogger gak kat Sabah. Hahahahaha..sebab ramai tak kenal blogger Sabahan ne.. Jadi boleh gosip-gosip dengan blogger lain. Hihi…Kalau ada masa Pm la ajak-ajak shoping kah.. hahaha..kita on time gak tu.. Macam na???



ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda