Psikologi Tidur Menggunakan Bantal

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

1. Memeluk Bantal – Jika anda suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Anda mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan anda halus dan jiwa anda romantik. Kadangkala anda boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Anda juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal – Anda biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian anda memerlukan banyak pendamping. Anda jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal - Anda bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Anda juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki - Anda mempunyai sifat kurang baik. Anda jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan anda mungkin bersifat egois. Anda juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Anda tidak suka berusaha.

5. Tidur Tanpa Bantal - Anda memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6. Tidak Punya Bantal - Anda dinasihatkan segera beli bantal untuk tidur.

Rasanya saya kadang memeluk bantal, kadang juga tidur tanpa bantal.. ahahahha, memang tak tetap pendirian betul kan. Korang pula yang mana satu?
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

6 ulasan:

Zuhaira Nasrin berkata...

1&2 hehe :D

Asha Lya berkata...

Lya suka tidur peluk bantal n letak bantal ttup muka dah jadi habit

Cik Itah@RRP berkata...

salam :)

3. Tidur Dengan Satu Bantal - Anda bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Anda juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata

itulah sy hehehe

kasutmerah mama berkata...

salam singgah.. selamat berkenalan..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice sharing

ain kaswa berkata...

X de bantal..perlu beli bantal..haha..
Pulun baca skali tkena ayat last skali..hahaha
Apa pon nice sharing...
Salam pkenalan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda