Keadaan x tenang kerana penceroboh semakin dekat

Assalammualaikum. Hang nak story skit keadaan semalam yang ckup kelam kabut d sebabkan oleh penceroboh yang kunun-kununya semakin dekat dengan kampungku..uhhh!terus rasa jantungku semakin berdegup kencang dengar berita tuh. Siok sudah aku menonton FFM25. Datang pakcik sorang ni, "satu kgKu juga" menyuruh kami supaya berjaga-jaga malam tuh. Semua bujangan kampungku duk berkumpul masing-masing mendengar berita yang di dapat. Semua pUn sibuk call sana, call sini saudara mara, kawan-kawan menanyakan perkembangan penceroboh. Yang aku ni pulak, sibuk update status kat Fb n cari maklumat knun~Dalam keadaan takut, my Dad cakap kalu ada terdengar das tembakan, kami cuma perlu bertiarap n jangan berdiri. Maklum gak la, beliau yang sudah berpengalaman dari zaman dulu pernah rasa keadaan sebeney rupa. 

Malam tuh juga, kami sekeluarga tdk tidur dalam bilik, coz takut ada apa-apa. Dengan rumah yang berbekalkan batu, kami sekeluarga tidur d bawah rumah, dan kekadang aku rasa macam x percaya semua benda ni berlaku sama aku sendiri. 
Aku hanya beristigfar dan berdoa sama yang di atas semoga kami sentiasa d lindungiNya daripada penceroboh. X henti-henti beristigfar semalam.. Cepatlah semua ni berakhir n kembali seperti dahulu. X sukanya rasa begeney, nak berjalan kat Pekan pUn susah, bab semua kedai dah tutup. Masing-masing berjaga-jaga, duk umah diam-diam sampai d perintahkan berkurung.

Ok, just trust kita punya pejuang yang sedang berjuang untuk penduduk Lahad Datu. Fighting semua pejuang, jasamu tetap d kenang. Semoga semua pejuang d Lindungi olehNya. D harap korang pun x henti-henti doakan pejuang-pejuang kita. K BYEEE

2 ulasan:

Lina berkata...

area semporna, kunak pun sda ada tmbak menenbak kn?? dak aman sda sabah cinta.. tkut gila babun owh aq... sentiasa mengikut perkembangan sda aq ni... aq yang d tawau ni pon ketakutan gila

Nik berkata...

moga semuanya selamat.hati2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda