Kelebihan dalam berblogging

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
**********
Tengah busy layan sponsor untuk GA akan datang.. Rasa-rasanya ada tak yang join GA aku kalau aku buat. Tak pelah wait n see owkey...Berbloging...dunia blog semakin ramai yang meminati. 
Antara kelebihan dalam dunia berbloging 

1.Ramai kenalan.
Kita bukan sahaja dapat menanbah kenalan melalui berbloging tapi dapat mengeratkan lagi silahturahim..Yalah..tengok ja lah..saya dari sabah pun dapat tambah kenalan dari lain negeri. Duk umah ja..kita sudah dapat kenalan melalui berbloging...

2.Dapat tips percuma.
Bukan itu saja...malah kita dapat tambah tips lagi tuh wehh..Kalau dulu jaranglah tahu tentang semua niy..nak buat belajar tuto pun tak reti..Tapi sekarang..senang ja dapat tips percuma dengan berblogging. Kan ramai kenalan yang mahir dengan tuto.hihi

3.Berkongsi pendapat dan pandangan
Dengan bloging kita dapat berkongsi serta mengutarakan pendapat-pendapat kita kepada pembaca. Bukan senang kita nak perah otak untuk menulis. Tapi dengan minat nak berbloging.. kita senang ja dapat idea untuk berkongsi pendapat kita sama orang lain. Pandangan kita juga boleh di praktikkan dengan berbloging..kot-kot ada yang terima pandangan baik kita..

4.Mengisi masa lapang.
Bagi aku la secara personal..dunia berbloging ni memang dapat mengisi masa lapang..Yalah..daripada duk lepak kat luar sana..baik duk umah layan blog..hihi...dapat tambah ilmu pengetahuan serba sedikit mengenai blog. ya tak....^^

p/s Jangan salah guna blog sudah...yalah share benda-benda yang tidak sepatutnya

p/s * Tidak lama lagi GA saya akan bermula..hope u alls support me
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

WW: Gombal aje

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

**************
Photo: GomBal #1

Wordless wednesday kayak indon untuk hari ini..heee...baru dapat update entry..

tadi busy sangat pergi airport mahu menjemput keluarga pulang dari naik Haji


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Anda terasa tak

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
*************

Sebelum nak mulakan coret entry..Sorry buat yang terasa sebab entry ni berbaurkan hati anda terasa..opsss.....jangan nak terasa sangat...kalau tak makan ladah tuh..tak terasa lar..hihi....peace yorrr..


Anda terasa tak bila ada blogger yang tidak mesra blogging

Anda terasa tak bila kita beri komen kat blog dia, tapi blog kita tidak di singgah

Anda terasa tak bila ada blogger yang sombong..tak tegur langsung

Anda terasa tak bila kita komen panjang-panjang kat blog dia dengan iklas..tapi dia komen seciput ayat ja

Anda terasa tak kalau ada blogger yang copy entry kita

Anda terasa tak kalau kita dah berkali-kali pergi blog dia, tapi dia langsung tak singgah blog kita

Anda terasa tak kalau kita follow orang tu, tapi dia buat dek ja x mahu balas follow balik

Anda terasa tak kalau ada blogger yang menipu

Terasa tak...............???????

P/s1 Ada sesetengah blogger yang memang busy kot,
 jadi kemungkinan dia tidak ada masa nak jenguk blog kita

P/s2  Masih mencari sponsor utk GA


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Nak cari sponsor untuk GA

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
************

Saya nak cari sponsor yang jujur untuk Ga saya

Everything saya akan terima apa yang korang nak sponsor

Nak buat Ga sendiri katakan....

siapa yang berminat nak sponsor boleh send URL blog utk di follow and page untuk di like je

send kat fb Cynta ieda

sebab saya tak nak menyusahkan para blogger

nak buat Ga simple and easy.

Harap ada yang support erk..

Thanks..^^

*Kemurahan hati anda amat saya hargai*
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Kenapa wanita muslim lebih cantik bila berhijab/bertudung

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
****************

Kedengaran sekarang semakin banyak artis perempuan kini berubah dengan menggunakan tudung. Siapa tahu kita akan berubah di masa akan datang. Semua itu hidayah daripadaNya. Dan boleh dikatakan nampak cantik ja bila perempuan memakai tudung kan.



 Persoalannya sekarang, kenapa wanita muslim lebih cantik bila bertudung..bukan nak cakap yang tidak pakai tudung tidak cantik..tapi nampak lebih cantik lagi kalau memakai tudung bukan..

kenapa

kenapa

kenapa
-
-
-
-
-



sebabnya dengan memakai tudung kita dapat tutup aurat, kan cantik tu..

sebabnya kita dapat menjaga maruah kita

sebabnya lagi dia memang cantik, bila pakai tudung bertambah 
lagi saham cantik nya tu.. hehe^^

sebabnya juga dia cuma nak tunjuk kecantikkan sebenar 
pada yang HALAL je :)

sebabnya bertudung tak semestinya baik, tapi yang baik
 MESTI bertudung...ngeee



sebab lain dia dah ikut perintah Allah , Rasulullah, 
ibubapa dan orang yang sayangkan dia. 

sebabnya lagi dia takut orang berniat jahat tengok kecantikan dia.
so dia sorok kecantikan sebenar disebalik tudung yang di pakainya

sebab lain lagi dia dapat pahala, pahala dia masuk lebih 
laju dari jalur lebar DG broaband tau

sebab lain lagi rambut tu kan mahkota perempuan,
 jangan la bagi lelaki tengok free ja...

sebabnya juga nanti kat akhirat lagi cantik rambut dia, 
Allah pelihara dari bara api. :)


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Tanda si dia tidak berminat nak bersms dengan anda

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
**************

Malam u alls...Ada yang belum tidur...siapa yang belum tidur saya sajikan dengan entry malam, berkaitan si dia tidak ada minat nak bersms dengan kita. Tajuk bukan main lagu tew...Sebab apa saya nak tulis entry berkaitan si dia segala, ini sebab kes-kes tadi punya pasal la..sudah asyik-asyik bersms tetiba hilang..kan jadi frust..! perempuan memang tidak suka bila lelaki buat endah tidak endah..yakannn??

Ini ada 3 tanda si dia tidak berminat nak bersms dengan kita..

Jawab lambat   

Fuhhh...mahu menunggu si dia membalas tu sama macam menunggu ayam jantan bertelur. Sekali dia balas, kita balas dengan cepatnya tidak sampai berapa minute..Then menunggu balasannya balik lagi sejam la baru dia balas tu. Jawapan yang sama, "busy" hp silent" buat kerja itu, ini" baiki moto" bla..bla....bla...belah lar... 


Tidak ada kredit

"Sori tidak sms sebab takde kredit "katanya...!!ini alasan paling senang kalau dia tiak nak sms. Tapi kalau nak di cakapkan si dia "Mr J" memang jarang sangat isi kredit...so, aku kena paham sendiri lah bila dia tak sms..tapi memang tak bertahan sebab lelaki bila dah suka memang sanggup pergi topup untuk dia. .rindu la konon.. adakah lelaki macam tu zaman sekarang.


Hilang ketika SMS

Sering berlaku dengan aku..tetiba ja hilang masa bersms. Macam magic kan boleh hilang-hilang...heee..mahu thing positive la konon, mungkin dia tidak perasan kot sms aku ni, dengan rajinnya hantar lagi 20 sms...dan tadi punya cerita dengan perasaan ingin tahu, aku call si dia...last-last rupanya dia ketiduran..ermmmm

p/s Tidak semua lelaki berperangai macam ne. Tetapi majoriti memang macam ni. hihi...Buat para lelaki ambil yang positive je, dan buang sikap yang macam ni..dan maaf kalau terkena di hati mungkin anda berbeza dengan lelaki yang lain. Peace ^^
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Giveaway Me & My Family 2013

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
***********
Join click banner ja

Tamat: 2 Nov 2013

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

DRR 09 : Rasanya aku yang mana satu

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam
****************

Foto tahun 2009  'sem 1 di PoliKK'
Cepatnya masa berlalu. Macam baru saja habis belajar, padahal sekarang sudah tahun 2013. Tidak di sedar sudah 4 tahun berlalu dari start study tahun 2009. Sebelum nak habiskan delete pic dekat Facebook ternampak pic ni dan rasa macam sayang nak delete, because this is my memories will never be forgotten.

Time ne, aku masih muda berumur 19 tahun, mudah la konon..tapi nampak sangat matang kan..ini semua faktor pemakaian blazer la ne buat kami semua nampak matang...hahahaha.....uwargghhh..terasa diri semakin tua sekarang...mari main teka-teka...rasanya saya yang mana satu? Maklumlah...kat sini saya terlebih muda...kot-kot ada yang tidak kenal....heeee....padahal still tidak berubah..perasan ja  lebih..bajet muda baa kata orang Sabah...^^

END
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Makna hidup menurut Al Quran

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

*******
Seperti yang kita tahu, dengan mendalami Al-Quran adalah cara untuk kita menemukan makna hidup yang sebenarnya. Oleh itu beberapa pemahaman tentang makna hidup melalui Al-Quran.


 Hidup Adalah Ibadah
Dalam Islam erti hidup ialah ibadah. Keberadaan kita di dunia ini tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Makna ibadah bukan saja bererti hanya solat, puasa, zakat, dan haji, tetapi ibadah dalam setiap aspek kehidupan kita.Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” 

 Hidup Adalah Ujian
Segala masalah yang berlaku adalah ujianNya. Allah akan menguji manusia melalui hal-hal sebagai berikut 
dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.”Al Baqarah 

 Kehidupan di Akhirat Lebih Baik dibanding Kehidupan di Dunia
Sudah sedia maklum, kehidupan di dunia adalah pinjaman sementara untuk kita mengumpul pahala dan menambah iman. Kita juga tahu bahawa akhirat adalah kehidupan kekal buat selamanya. Kehidupan akhirat lebih baik daripada kehidupan di dunia, tetapi kenapa kita masih lalai dan buat tidak tahu. Itulah tabiat kehidupan didunia yang hanyut dengan kelalaian.
 “dan sesungguhnya hari kemudian (akhirat) itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).”Adh Dhuha 
Hidup Adalah Sementara
 Allah berfirman, “Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.“ Pokoknya tiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Kita akan di uji dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.
Maka, dengan itu...Jika hidup kita adalah ibadah, maka pastikan semua aktiviti kita adalah ibadah. Dengan cara selalu meniatkan aktiviti kita adalah ibadah...
Jika hidup adalah ujian, kita kenalah menjalani hidup dengan penuh kesabaran dan redha ja...
Jika kehidupan akhirat itu lebih baik, maka kita harus memberi keutamaan kehidupan akhirat. Bukan berarti meninggalkan kehidupan dunia, tetapi menjadikan kehidupan dunia sebagai bekal menuju akhirat....
Jika hidup ini adalah sementara, kita perlu ada kesungguhan dalam beramal. No...no...angan yang panjang sampai kelangit, apalagi malas coz kita tidak hidup selamanya. 
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Bila sendiri

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

******

Hii people..senyum ceria^^

Di sebabkan lama sudah tidak berkaroke di kebox, 

jadinya sekarang menyanyi sendiri dengan gilaknya..

menyanyi sendiri dengan lagu di laptop..hahaha..

punya sedih jika hasrat mahu menyanyi tidak kesampaian. 

menyanyi mengikut kepuasan hati dengan lyric lagu

gilak mengilak sendiri di dalam bilik

saya sangat suka menyanyi

mahu menjadi penyanyi, tidak juga

dengan suara sumbang inilah dapat hilangkan tension

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

***************

CLICK BANNER!!
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

Kawal lah diri

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalam

****************

Pelbagai cara untuk kita mengawal diri kita apabila sedang marah. 

Setiap orang berbeza cara dia untuk melegakan kemarahannya. 

Maka dengan itu..marilah sama-sama kita

kawal rindu dengan doa

kawal lah cemburu dengan bersangka baik

kawal lah kemarahan dengan berwudhuk

dan kawal lah nafsu dengan iman 


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda