Cara terbaik menegur orang badan berbau

Assalam
!*__*!

Menegur orang badan berbau seringkali menjadi kesulitan bagi sesetengah kita. Sebab takut cara menegur kita membuatkan orang itu terasa dan tersinggung dengan cara teguran kita. Oleh itu, saya berminat nak kongsikan beberapa cara yang yang boleh anda praktikkan. Persoalannya sekarang, apakah tindakan anda apabila berhadapan dengan orang badan berbau? Nah itu masalah nya..


Sebelum ne pun saya mempunyai seorang kawan yang memang badan berbau. Sangat-sangat berbau..kitorang member yang lain ne tidak tahu bagaimana caranya mahu menegur dia, sebab kalau dekat sangat dengan dia, conform saya rasa macam pening-pening kepala..takut dia kecik hati coz tu kami abaikan je..sebab kami fikir takkan dia tidak sedar badannya sendiri berbau kan? Mesti dia pun rasa malu..jadi mesti dia pun ada cara dia sendiri. tapi itu hari saya pernah jumpa dia setelah kian lama, rasa macam tak berbau dah. Go0d news la kan..mesti dia berusaha yang terbaik untuk dirinya. Terfikir juga, myb saya tidak tegur sebab time tu, saya masih belum matang kot..hehe

Ok, itu story pasal kawan saya. Bagi anda sendiri bagaimana pula cara teguran anda? Tapi kalau menurut saya, memang tidak salah kita menegur, untuk hal yang boleh membuat dia jadi lebih baik. Cuma bergantunglah situasi, keadaan dan cara penyampaian anda. Apalagi kawan yang memang best friend dengan anda, kamu cuma bilang secara terus je, tapi mesti tahu batasannya dan jangan sampai dia tersinggung dengan ucapan kamu.

Tips-tips yang boleh di cuba bagi orang yang baru di kenali 

  1. Ketika kamu jalan bersamanya, anda sendiri pandai-pandailah cuba menjaga jarak daripada dia .
  2. Pura - pura batuk dan menutup hidung sambil bilang bahawa kamu mencium bau yg tidak sedap . Tapi ingat, jangan menuduh bahawa dia orang yg kamu maksudkan .
  3. Kamu minta bantuan kepada teman kamu yg lain yang cukup dekat dengan dia untuk menyampaikan hal tersebut.
  4. Kamu ajak dia jalan - jalan ke kedai minyak wangi , dan pengaruhi dia untuk membeli minyak wangi disana dengan aroma yg dia sukai. Tapi jangan sampai dia curiga kalau kamu merasa terganggu dengan bau badannya.
  5. Memberi hadiah seperti deodorant ataupun perfume semasa hari jadinya. 
Hanya ini saja yang dapat di kongsikan. Semoga bermanfaat untuk anda yar !! Kalau ada pendapat boleh kongsikan bersama.. ^^


18 ulasan:

Adriannasyaz berkata...

Hoho..cdg bli deodoran je ni..ubat gegat boleh x?hehe..sja gurau2 je la tu..^_^

Unknown berkata...

ak cuba amalkan...tpi still tkut nak tegur

Asha Lya berkata...

kita pun tak blh tahan kalau bau badan nie..tak taw juga mcm mna nak menegur.krg tersinggung

TelingaBulat berkata...

nice tips thanks ;)

Azlan Strider berkata...

no 4 and 5 tu saya pernah cuba..ade yang berjaya tapi bagi mereka yang bebal memang tak paham jugak...kadang2 sy tanya jer terus bukak topic pasal deodorant..saja tanya dia pakai brand apa..hehehe

Regards,
-Strider-

Amirul Bin Ramli berkata...

Sy selalu berada dalam keadaan ni. haha.. nak tegur tak sampai hati padahal benda tu untuk kebaikan dia. Hmm.. pura-pura ajak dia beli deodorant ok gak tu. hehe.

Nory Zoulkefle berkata...

takut nak tegur, tapi tips yg berguna jugak ni...boleh try nanti..hehe

OKje berkata...

Mmg betul...serba salah jadinya kalau nak menegurkan Huny....mungkin boleh jugak guna tips tu

Unknown berkata...

K idah ada kawan yang kes cenggini...
ermm tapi belum cukup keberanian untuk menegur laa.. mungkin idea bagi hadiah perfume tu macam menarik.. :D

Thanks Huny... :)

FarahFerraDotCom berkata...

Tips yang bagus.. =D

Mizz Aiza berkata...

no. 5 tu paling sesuai.. hadiahkan minyak wangi kepada dia.. hehe..

Unknown berkata...

kdg2 mmg org tu xtau badan dia berbau...sy penah tegur tp gune msg jer...ckp baik2..alhamdulillah dia dpt terima...mse tegur tu bg cadangan sekali.. (^^,)

Mime MF berkata...

dulu masa sekolah ada la masalah gn kwn cmni..tapi tak tegur takut terasa..one day dia sendiri yg tny ada bau tak kat dia..so apa lg, sy pun ckp la sebenarnya..dan Alhamdulillah she accept it..huhu

Ahlam Miera Shafie berkata...

saya pn prnah alami kwn bdan brbaun.. tapi dia nih ketiak dia memg brbau kalau dia brpeluh... kami satu dorm sepakat tnpa pngetahuan dia la kan... kongsi duit beli hadia utk bufday dia.. kami beli deodoran, myk wangi n piasau pencukur... hehehehe phm2 ler knpe yer... lepas 2 baru ler dia tnya kami bdn di brbauke.. huhuhu kami ckp terus terng jer dkt dia lps.. sib baik dia xmbik hati...huhuhu

licha berkata...

tips yg bagus ni. hihi.. :)
kadang2 tak sampai hati

Tanpa Nama berkata...

Bau badan memang boleh buat kita pening kepala....memang susah nak menegur sbb nk menjaga hati..tips di atas sgt baik utk dipraktikkan....tq ye ieda....

Properti Niaga berkata...

Tipsnya baik, agar orang tidak tersinggung

Khir Khalid berkata...

hehee.. mmg susah juga nk menegur org yg badannya berbau.. t kasih diatas perkongsian eda.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda