Lahad Datu di gemparkan ribuan ikan naik ke darat

Assalamualaikum

Terasa shock tetiba bila dengar berita pasal Lahad Datu ne. Tadi ada tengok berita di tv3 mengenai Kg Tambisan yang gempar apabila ribuan ikan naik ke darat. Terasa takut dan memang takutlah bila dengar lagi fenomena macam ne. Seperti yang korang tahu tarikh 25 dis pernah berlaku satu kejadian tsunami. Mintak di jauhkanlah semua benda ne. Ya ALLAH, semoga tiada berlaku apa-apa di sini. 
Sekarang ne pun rasa mcm tak sedap hati je. Lain lagi bunyi bunga api kat luar rumah sekarang ne. Bercampur aduk perasaan dah..semoga ini hanya fenomena alam sahaja.
Berita Dari Metro
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. 
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Note*Jangan lupa doakan kami di sini ..semoga tiada apa-apa yang berlaku kelak..Amin3x

12 ulasan:

Vee berkata...

By God's will, everything will be okay :) *hugs

. berkata...

bikin takut jugak kan... td pun sy ada nmpk vdeo ikan2 tu... harap2 teda pa2 ba

Unknown berkata...

harap2 xda jugak perkara buruk berlaku.. macam2 dah jadi sekarang ni kan..

Chot berkata...

Kena aware selalu. Semoga xde malapetaka brlaku..

budakbandunglaici berkata...

Takut jugak. Dah la duk kat pantai timur

Unknown berkata...

tgok dlm brita smlm

Khir Khalid berkata...

Aamiin.. mudah2an tiada apa yg buruk berlaku.. aamiin..

Unknown berkata...

byknya ikan tamban tu ieda..sronok tangkap
td baca paper tiada amaran tsunami..alhamdulillah

Lieya Von Jay berkata...

memang pelik ... :)

Aku pengembara berkata...

Memang seronok dapat ikan free.. Hehe

Tp dalam keseronokan tu, risau jg.. Kan sblm tsunami 2004 tu lebih kurang macam nie jg.. ikan naik ke darat

Pha Is berkata...

kuasa Allah, tiada yg mustahil..:)

Mizz Aiza berkata...

semoga tiada kejadian buruk yang berlaku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda