Bila wanita dilihat oleh sang adam

Assalamualaikum

* * * * *

Hal ne selalu bermain di fikiranku. Kononnya nanti nak buat entry berkaitan ne lah. Tapi tak tahu macam na nak mulakan, selalu gak terjadi macam ni. Berlegar-legar sampai terdelete kat kepala. hehehe..Act, aku terfikir kenapa wanita yang berpakaian muslimah menutup aurat pun lelaki ada keinginan mahu melihat. Contohnya, memerhati sama wanita tu, samaada memerhati ada niat yang baik ataupun sebaliknya, sedangkan baju dah menutup aurat, labuh dan sepertinya.

Dan terfikir lagi, inikan menutup aurat..jadi macam mana pula dengan wanita yang tidak menutup aurat, guna baju ketat...guna lengan pendek, nampak paha, nampak gunung.. woaahh...takkan lelaki menoleh walau sesaat. huhuw...ya tak???

Kalau nak dikatakan muslimah, tak lah juga, tapi aku selalu gak guna baju yang panjang dan labuh ke lutut, tapi jarang..hihihi. tak lah alim sangat. Berstokin pun tidak..adehhhh....tapi berkeinginan mahu berusaha menjadi yang baik, cuma ambil masa perlahan-lahan. Boleh ???

Nak di jadikan cerita tadi. Terasa lapar dan ke kedai membeli sesuatu yang hendak di makan.. Biasalah kenalah jalan kaki kan. Sebab jarak rumah dengan kedai tak lah jauh sangat. Tapi asal gak lalu nak kekedai mesti ada gak lelaki ni memandang. Ermm..bukan setakat pejalan kaki, siap ada yang tengah drive pun memandang, karang terlanggar kereta kat depan tu. hahha.. 

Tadi gak ada sorang mamat ne dengan motor dia...ke kanan..kekiri tayar dia gara-gara tak fokus, last-last ada kereta kat depan..nasib tak berlanggar, entah apa gak yang dia pandang kat aku ni.. xox0...Cantik pun tak, seksi pun tak? hahahahha..ketawa sendiri bila tengok mamat motor tu.

So, sekarang..korang rasa kenapa kita mesti menutup aurat bagi kaum wanita..?? Dapat fikir kan.... Kepada kaum adam, saya paham anda lelaki tetapi..kenalah jaga pandangan juga.. sebab wanita akan berasa kekok bila ada yang memerhati. Apalagi bila jalan sorang-sorang.. Jadi kita sama-sama menjaga dan di jaga akhlak kita..hihihi. "Bila wanita berkata utk sang adam"

Apa yang kurang...minta di maafkan..dan apa yang tersalah harap di ampunkan..Sekadar perkongsian dan ambil yang baik sahaja...Insan yang berusaha mahu belajar.. Thanks 




7 ulasan:

Unknown berkata...

Wanita itu kan perhiasan dunia... bila dah di umpakan perhiasan... mestilah suka untuk dipandang... perhiasan ker?? ;D

Farah Arina berkata...

setuju sangat. pergi mana-mana je mesti orang lelaki pandang. bukan satu, dua je. ramai. rasa cam nak tampar je. haha

Dunia Zumal berkata...

Zumal pun setuju apa yang dikatakan tu... Wahai kaum Adam, mata anda ganggu privacy kaum Hawa, jom jaga mata :)

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

saya suka jeling ja.. ;p

Mizz Aiza berkata...

terima kasih kerana mengingatkan.. harap lelaki jagalah pandangan mata anda.. dalam masa yang sama harap wanita juga menjaga pemakaian dan perlakuan..

Khir Khalid berkata...

Semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan Allah swt.. Peringatan yg sgt baik utk direnungkan semua...

tashira sha berkata...

hahaha. macam pernah alami je situasi macam tu. buat tak tahu je walaupun hati ada rasa takut juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda