Lemahnya Imanku, menurun dan meningkat

Assalamualaikum

Baru hari ini saya cukup perasan mengenai iman saya sendiri, kalu nak di fikirkan dahulu saya memang rajin membelek & membaca al-Quran. Lemahnya iman, ini semua di sebabkan oleh perasaan yang sudah terucap dalam hati iaitu "malas".. Sering saya ungkapkan nanti sahajalah saya membacanya, dan setiap saya niatkan begitu, semakin rasa malas itu ada pada diri. Memang benarlah utz pernah cakap, jangan sesekali meninggalkan membaca Quran, biarpun dalam sehari, kerana dalam sehari itu akan membuatkan kita terus malas dan malas. 
"Perumpamaan orang Mu'min yang membaca Al Quran itu seperti buah delima: Baunya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan orang Mu'min yang tidak membaca Al Quran itu seperti kurma kering: tidak memiliki bau, tetapi rasanya manis.."(Muttafaqun Alaih)

Hari ini, terdetik niat untuk membacanya kembali, lidah ku semakin sukar membaca, terhenti-henti dan tergagap-gagap, tidak seperti dahulu yang sememangnya lancar, boleh tahan la, cuma tajwid kurang sikit. Melihat adik ku yang sememangnya rajin membaca Quran, turut mempengaruhi aku supaya ingin membacanya.

 Memang benar kadang kala iman kita pandai turun dan naik. Waktu naiknya adalah ketika kita melakukan sesuatu yang berkaitan dengan hal mendekatkan diri kepada ALLAh Ta’ala. Dan iman akan menurun apabila kita melakukan sesuatu yang menyebabkan kita jauh dari ALLAh Ta’ala. Kerana, sumber kekuatan iman itu ada pada Dia!

Berubahlah... biarlah ia dilakukan secara berperingkat-peringkat atau perlahan-lahan. Dan itu tidaklah menjadi tiket untuk kita tetap melakukan perkara-perkara yang kurang baik. Berubah secara perlahan-lahan.
Dan memang perubahan tidak pernah mudah. Bukan mudah mahu menggantikan tabiat yang lama dengan tabiat yang baru. Yang belum menjadi sebahagian daripada diri berbanding tabiat yang lama. Tapi berusahalah. Hanya orang yang berusaha yang sentiasa menemukan jalan selamat baginya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

peringatan yg baik..iman ni sentiasa berubah..so kene selalu beringat la kan..nice sharing :)

Unknown berkata...

@akmaLthanks..beringat-ingat walau d mana

Aimacomel berkata...

terima kasih awak sbb mengingtkan saya,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda