Assalam cantik manis..
Tadi barusan tenguk tayangan balik sedutan Primadona yang menceritakan mengenai Fobia..Korang tahu tdk Araon Aziz fobia dengan doktor gigi. Rasa lucu pun ada, yalah badan tegap-tegap begitupun tapi takut nak jumpa doktor gigi, hahahh. Katanya lagi dea takut dengan segala benda besi yang doktor gunakan untuk proses pemulihan gigi. Yalah kalau nak tenguk alat yang doktor gigi gunakan 2, menyeramkan pun ada juga. Alah tutup mata juga pun, gerenti x takut punya kalu dah selalu p jumpa doktor gigi. Bukan fobia cuma x suka, katanya lagi..hee
Fobia ni adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Ketakutan yang x d buat-buat oleh sesetengah orang yg mempunyai rasa fobia. Kalu saya sendiri fobia dengan satu haiwan ni..cua teka<<<<<<<~Tikus lor, bukan fobia cuma geli n x boleh rasanya dekat dengan haiwan ni. hehex..Rasa nak melompat gak bila tejumpa haiwan ni. Kalu nak d bandingkan dengan ular, rasanya saya lebih berani dekat k0t, percaya x saya pernah pegang ular. hahahaha....chil beb setakat ular, uisehhh..bangganya punya diri.
Fobia..fobia..fobia...Tapi ada juga yang x masuk akal dengan orang yang fobia dengan ayam ni. Macam mengada-ngada pun ada juga, dah makan ayam tapi fobia dengan ayam plak. aiy0o. Tapi memang itulah akikatnya kalu orang dah fobia, xleh nak elak. Nak share 5 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.
Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri.
Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang fobia ini, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut.
Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!
Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
2 ulasan:
macam2 yer fobio.... nice sharing :)
Salam kenal... follower 711
Catat Ulasan