Mengisi jiwa kosong

As Salam. . .

************
Malam yang semakin larut di tambah dengan mata yang semakin membengkak..ku rajinkan juga diri menulis sedetik entry buat tatapan korang..bagi yang sudi membaca saja...Ok, tadi ada terdengar satu tazkirah dari seorang ust..tentang cara mengisi Jiwa yang kosong..rasa tertarik dengan setiap apa yang beliau sampaikan..Ku rasa semacam, dengan diriku sejak kebelakangan ni..kemungkinan juga aku punya jiwa kosong. Memandangkan duduk umah terus..tuh yang ada sedikit rasa kemurungan melanda.

Kalau nak d fikirkan Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan, pasti ada titik-titik down kita. Betulkan??? Apa perasaan kita ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong. Terasa semakin lemas dan merasakan diri tidak berguna


Normal lah jika berlaku sedemikian?  Betapa seringkali jiwa manusia keletihan menghadapi pelbagai macam cubaan dunia dan yang tidak akan lepas daripada masalah. Maka ada yang cuba pelbagai cara untuk menghilang letih dijiwa dengan hiburan. Sedang kita lupa dan lalai, satu-satunya cara mengubati kekosongan jiwa manusia hanyalah dengan mengingati Sang Pencipta segala makhluk. 

Jiwaku kosong..!!

kosong!!..kosong!!...segala benda yang baik tidak tersimpan dalam jiwaku kini..dulu aku tidak sebegini..apa yang membuat jiwaku kosong..adakah sebab dunia yang di kejar..kerja yang boleh menjamin masa hadapan..hanya itu sahaja kah yang di fikir..ohhhhh Tuhan..tidak....semakin jauh diriku dengan Mu..semoga dengan ini akan ada terdetik niat untuk mahu berubah dan berusaha untuk berubah....

Rawatan untuk Jiwa yang kosong
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT

8 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah
nice sharing ieda di hari jumaat yg mulia ni

Unknown berkata...

thxs for info.. :)
kongsi link blog di www.kongsiblog.com

Unknown berkata...

perkongsian yang sangat bagus..tq ye :)

PCL berkata...

pegisian kearah yg menenangkan adalah dengan mendekatkan diri sehapir mungkin dgn Yg Maha Esa..

EMYR ASHRAFF berkata...

nice entry.. good sharing :)

Nik Ainaa berkata...

yeah, betul tu. nice sharing. :)

btw sy dtg bw dari http://nikainaa.blogspot.com/

Miss Anonymous berkata...

Singgah sini,
Dari segmen yang sama,
SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750
Jemput join contest ini kalau tak keberatan,
Giveaway Ulang Tahun Pertama GreenApricot

Hazyyy berkata...

terima kasih sudi kongsi =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda