Assalam..tempat kelahiranku Lahad Datu kini ada pengganas dr filipina yang menyeludup masuk. Memang dasyat d buatnya oleh pengganas ni..apakan tidaknya semua berita sudah mengeluarkan Lahad Datu d suruh berhati-hati, kerna ada kejadian berbalas tembak sudah.
Sebanyak 100 orang warga asing dari selatan Filipina dikesan menyeludup masuk ke Lahad Datu. Mereka dipercayai bersenjata api dan berpakaian ala tentera. Pencerobohan tersebut dikatakan disebabkan oleh masalah yang sedang berlaku di selatan Filipina.
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini. Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Semoga semua ni berakhir dengan cepat. Doakan semoga semua penduduk Lahad Datu bebas dari pengganas Filipina. Aminn...Selamat berjuang semua pasukan keselamatan Lahad Datu..
Sumber: Malysiakini
1 ulasan:
aduhai... mudah2an cpt2 la prkara ni reda...
Catat Ulasan