Assalam..hello korang..sihat tak
korang..minum la ubat tuh kalu tak berapa nak sihat. Ok actually aku nak share
hari ni pasal perasaanku sebelum d interview. Hari ni aku ada panggilan
interview daripada Agrobank. Terus rasa melonjak pun ada juga..hahah, baru
interview ok, tak pa lar, step by step, kot-kot ada rezekiku kat bank
ni..Tinggal aminkan gak..Dah lah interview jam 8.30, menunggu kakQ yang knunnya
mahu jemput aku p interview, last-last jam 9 juga sampai kat bank tuh. Bukan d
Lahad Datu k, Kota Kinabalu lagi, tuh buat aku rasa tertekan jap. Dahlah lambat
x tahu nak bagi alasan apa.
Masuk gak dalam office tuh, ramai gilak orang,
ingatkan aku adalah labih dari 10 orang datang interview ni, sekali mahu 20
jugalah. Banyaknya orang mencari kerja sekarang ni. Perasaan gugupku semakin
aku rasa. Jantungku semakin kencang berdegup..hahahak..macam rasa nak tunggu
result spm gak kan. Dahlah aku yang terakhir datang, conform aku yang last d
interview ni, alamatnya sampai ke petang juga aku menunggu kat office ni.
Dahlah borink menunggu giliran, aku memang tidak suka bab-bab menunggu ni,
namun aku tabahkan hati n kuatkan semangat utk interview, ini gak peluang aku
untuk mendapat kerja yang lebik baik. Kebetulan aku nak pergi tandas, terdengar
namaku d panggil oleh staff, terus rasa semakin berdebar plak.
Bersyukur sangat, sebab orang yang
menginterview ni, sporting gilak. Ketawa juga aku d buatnya, namun dalam masa
yang sama kena juga serius n yakin dengan jawapan. N paling aku bersyukur, aku
yang last keluar dari interview tuh, ada 8 orang lagi kot yang belum d
interview selepas aku, dalam waktu tuh, sudah masuk time rest kakitangan
kerajaan. Tidaklah aku menunggu dorang habis rest baru d interview. Kalu tidak,
memang sampai petang aku menunggu. Thanks YA ALLAH.
P/s Tips semasa interview aku Cuma nak
cakap, juz yakin dengan jawapan korang n berikan komitmen yang baik, n kalu
boleh tegaskanlah sikit sebab korang untuk mendapatkan kerja tu.
2 ulasan:
All the best Ieda!
gud luck yer...=D
Catat Ulasan