Perasaan gugup semasa interview

Assalam..hello korang..sihat tak korang..minum la ubat tuh kalu tak berapa nak sihat. Ok actually aku nak share hari ni pasal perasaanku sebelum d interview. Hari ni aku ada panggilan interview daripada Agrobank. Terus rasa melonjak pun ada juga..hahah, baru interview ok, tak pa lar, step by step, kot-kot ada rezekiku kat bank ni..Tinggal aminkan gak..Dah lah interview jam 8.30, menunggu kakQ yang knunnya mahu jemput aku p interview, last-last jam 9 juga sampai kat bank tuh. Bukan d Lahad Datu k, Kota Kinabalu lagi, tuh buat aku rasa tertekan jap. Dahlah lambat x tahu nak bagi alasan apa.

 Masuk gak dalam office tuh, ramai gilak orang, ingatkan aku adalah labih dari 10 orang datang interview ni, sekali mahu 20 jugalah. Banyaknya orang mencari kerja sekarang ni. Perasaan gugupku semakin aku rasa. Jantungku semakin kencang berdegup..hahahak..macam rasa nak tunggu result spm gak kan. Dahlah aku yang terakhir datang, conform aku yang last d interview ni, alamatnya sampai ke petang juga aku menunggu kat office ni. Dahlah borink menunggu giliran, aku memang tidak suka bab-bab menunggu ni, namun aku tabahkan hati n kuatkan semangat utk interview, ini gak peluang aku untuk mendapat kerja yang lebik baik. Kebetulan aku nak pergi tandas, terdengar namaku d panggil oleh staff, terus rasa semakin berdebar plak.

Bersyukur sangat, sebab orang yang menginterview ni, sporting gilak. Ketawa juga aku d buatnya, namun dalam masa yang sama kena juga serius n yakin dengan jawapan. N paling aku bersyukur, aku yang last keluar dari interview tuh, ada 8 orang lagi kot yang belum d interview selepas aku, dalam waktu tuh, sudah masuk time rest kakitangan kerajaan. Tidaklah aku menunggu dorang habis rest baru d interview. Kalu tidak, memang sampai petang aku menunggu. Thanks YA ALLAH.

P/s Tips semasa interview aku Cuma nak cakap, juz yakin dengan jawapan korang n berikan komitmen yang baik, n kalu boleh tegaskanlah sikit sebab korang untuk mendapatkan kerja tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda