Kenapa riak terjadi

Assalamualaikum
!*__*!

Salam ukwah..Salam jumaat.. entry kali ne berkaitan tentang sikap riak. Saya sendiri rasa takut jikalau saya tidak sedar tentang perbuatan saya yang di cakap riak. Kalau dah riak, takut akan bertambah sombong dan angkuh, serta berlebih-lebih pula. Kekadang tu, saya terperasan sendiri kalau-kalau saya ne riak ker..?? 

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Apa itu Riak??

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia. Antara sebab-sebab penyakit riak ini adalah :
  • Sifat suka dipuji oleh orang lain.
  • Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
  • Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?
  • Banyakkan ingat Tuhan
  • Bersikap sederhana 
  • Sentiasa tetapkan niat dalam hati bahawa segala perkara dilakukan semata-mta kerana ALLAH.
  • Baca bismillah selalu sebelum memulakan sesuatu perkara
  • Jangan terlalu melihat diri sendiri di cermin, sebab boleh menimbulkan rasa diri anda hebat

Tanda orang riak

  • Dia akan berasa malas jika berada seorang diri, tanpa di temani sesiapa
  • Dia tetiba rajin bila berada di tengah orang ramai
  • Akan melakukan lebih banyak kerja setelah di puji *X ikhlas



P/s 1 Semoga aku dijauhi sikap riak ini, sebab takut kekadang kita lupa tentang sesuatu perbuatan kita sendiri. Beringatlah, riak boleh menggugurkan amalan seseorang..!


P/s 2 Pencarian sponsor masih berjalan Nak sponsor

10 ulasan:

Asha Lya berkata...

salam jumaat eida..minta2 dijauhkan la sifat spt ini kan

Khir Khalid berkata...

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari sifat riak ini.. aamiin

Azhafizah Md Nor berkata...

Salam jumaat.Mudah mudahan kita di jauhkan dari sifat riak ni..

Liza Licha berkata...

betul tu dear :) kalau boleh kena bljar jangan nak riak dlm setiap apa yg dibuat

Affy Afiqah berkata...

semoga kita dijauhkan daripada sifat ni....

ika follow sini #1330 :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

semoga kita tak tergolong di kalangan mereka yang riak..

Nao Mei berkata...

semoga kita sentiasa dilindungi...:)

Invisible Me berkata...

Moga kita dijauhi dari sifat riak. Takut dalam tak sedar ada bibit2 riak tu. Minta jauuhhh..

tenku butang berkata...

singgah jap.. cantik header awak

Wirda Amir berkata...

Assalamualaikum huny

akakpun takutlah...moga sentiasa perbetulkan niat..dn Allah sj yg tahukan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda