Mimpi gigi patah

Assalamualaikum
^__^

Bila cakap mengenai mimpi, macam-macam tafsiran yang keluar. Apalagi kalau mimpi patah gigi, memang menakutkan. Dan sebab itu entry hari ne pasal mimpi. Sebenarnya tadi saya ada tidur lepas maghrib, bangun dalam jam 9 malam begitu. Tidak pasti yang mimpi ne mimpi tadi or mimpi malam semalam, maklumlah baru teringat balik mimpi tu. Saya ada termimpi pasal gigi bahagian atas sebelah kanan patah, dan tidak rasa sakit pun. Dia patah begitu jer. Dalam mimpi tu, punya saya risau sebab tiada gigi, terfikir macam mana lah kalau aku mahu senyum nanti ne, malunya nak bercakap sama orang nanti.

Kalau nak diikutkan cerita, saya teringat balik mimpi ne semasa tengah berus gigi time malam tu. Dah nak tidur kan. Dan disitulah aku teringat-dan teringat balik mimpi tu. Terus saya bagitau adik satu ne tentang mimpi tu, tapi dia buat dek jer. Mimpi inilah yang buat mode aku tidak menentu.. Dah mode pun tak baik sangat, dengan keinginan mahu tahu tanda mimpi tu, saya pergilah search kat google, tanda gigi patah..dan ini jawapannya "Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati." ohhh kay..!! Emosi dah tak betul...ermmmmm.....


Orang cakaplah, kalau cabut/patah ada dua jer maksudnya kalau patah gigi bahagian atas orang yang lebih tua meninggalkan kita manakala kalau gigi bahagian bawah orang yang lebih muda meninggalkan kita.. Ya Allah semoga tiada apa-apa yang berlaku dalam keluargaku..Aminn!!

Kalau pasal mimpi ne saya memang taknak percaya sangat, memang jaranglah saya nak fikir-fikir..mainan tidurlah katakan...tapi bila saya termimpi pasal gigi patah ne, terus ubah emosi aku. Buatkan aku tidak tidur lena lar malam ne... tap ini semua terpulang sama individu masing-masing kalau tak nak percaya atau percaya pasal semua ne. Tapi pasal kematian semua itu pasti kita akan rasa nanti. Ajal maut di tangan Tuhan.. Mungkin ini satu petanda untuk kita mengingati mati...

Okay...~ tak nak...tak nak fikir pasal mimpi ne.. betul-betul menganggu emosi aku. Tidur..bangun pagi conform lupa...I Hope so... Selamat malam alls..

18 ulasan:

Abak's Role berkata...

Allahu Rabbi... doakan yg baik2

Asha Lya berkata...

kwkadang tak btl juga tu tafsiran mimpi..tak usahla percaya sgt :)...ehh header dah tukarla blik2 gitu

Khir Khalid berkata...

Mudah2an tiada apa yg buruk berlaku.. aamiin..

Farah Arina berkata...

farah dah bnyak kali mimpi gigi patah. dah nak dekat 10 kali dah pun. but nothing happen. :)

TelingaBulat berkata...

jgn risau mimpi adalah sekadar mainan tidur.. ;)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

pernah dengar juga orang kata mimpi gigi patah ada saudara terdekat akan meninggal.. apa-apa pun semuanya ketentuan Allah juga.. yang penting doakan semoga semuanya dilindungi oleh Allah selalu..

Hafiza AizZawa berkata...

mimpi tu mainan tidur.. tapi yg pasti bila dlm mimpi tu gigi kita patah mmg terasa gelabah kan.. mujur hanya mimpi..

Liza Licha berkata...

kalau pasal tafsiran mimpi ni licha tak berapa pandai sangat. :) doa yang baik2 je ye dear :)

acik idah berkata...

Dah.. jangan nak pikir perkara karut marut tu... kalau jadi pun hanya kebetulan jer...

Yumida Huda berkata...

aah mmg ada yg tafsir mcm tu kan
sentiasa soakan kesejahteraan buat parents n sanak saudara kita

Wirda Amir berkata...

kononnya kalau mimpi gigi atas pth,org yg tua dr kita yg nk meninggal begitulah kalau gigi beh pula org yg lbh muda tp mati itu psti,tiada lmbt atau cpt wpun sesaat

Invisible Me berkata...

mainan tidur ja. InsyaAllah takda apa2 :]

hainom OKje berkata...

Alah.tak yah percayalah HE.....kalau mimpi yg tak elok kata org tak yah cerita......simpan jer dlm hati sampai lupa

Affy Afiqah berkata...

insyaAllah takde apa2, mainan tidur je tu...

IFProduction berkata...

adik sy brmimpi dia patah gigi.. sy da la tgh agak krang sihat Ni.. Ya Allah jgn lah ambil nyawaku ni lg..

aby duane berkata...

Pernah bermimpi patah gigi , time tu umur saya 21 . Selepas 3hari tu pak sedara ayah sy meninggal . Lepas mimpi tu mmg tak ingat apa dah , tp bila teringat balik membe ada bercerita tentang makna gigi patah terus sy teringat kan mimpi sy . hmm . tl sy anggap ia kebetulan je . sebab nak percaya 100% mmg tak laa .

Nurul. berkata...

lately ni selalu mimpi gigi patah, adalah dalam 4 kali mimpi macam tu dalam bulan ni. nak dijadikan cerita, awal pagi tadi datuk saya meninggal dunia but i take it as coincidence jelah.

hidayah berkata...

Bru pg xd ank sy 6y crite die mimpi gg bwh dia patah....huhu....seriau dengo sbb pnh tbce pasal tfsiran mimpi nii...hope djauhkn dr sgla yg xelok....aamiinn.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda