Tips membuat ramai pengunjung blog

Assalamualikum
!*____*!

Pelbagai cara di gunakan untuk membuat pengunjung tertarik dengan blog kita. Bukan mudah mahu buat orang tertarik, apalagi blogger newbie seperti saya. Boleh dikatakan seperti promoter mempromote barang kat korang, dengan beria-ia mengexplainkan tentang produk tu, dan berharap hasil jualan mereka terjual. Macam juga kita berblogging jangan ada sikap sombong, sebab takde pengunjung yang sudi nak kunjung blog kita, dan perlulah ada sikap rendah diri.

Google image
Sebelum ne share mengenai cara semak SEO, dan ada yang tertunggu entry seterusnya mengenai "Tips membuat ramai pengunjung blog". Ok kita terus dengan tajuk di atas, macam mana nak buat ramai pengunjung blog?? Ada banyak caranya, cuma di sini saya kongsikan 5 tips sahaja.. Antaranya:--

Blogwalking
Dengan blogwalking atau berkomen atau mengunjungi atau melawat di blog lain ialah salah satu caranya agar artikel kita boleh dikunjungi oleh pengunjung lain, sebab masa kita tingalkan komen di blog lain secara tidak langsung, link dari profil blog kita akan tertinggal di form komen. Chatbox juga ada, jadi kalau malas sangat nak tinggalkan di ruang komen, boleh lah drop di chatbox. Jadi tiada alasan untuk kita tidak tinggalkan jejak.  

Artikel @ entry
Buatlah entry yang berkualiti dan bermanfaat serta mudah di pahami. Dan jangan sesekali buat artikel yang susah di paham, sebab pengunjung boleh kebingungan dengan artikel anda, ini boleh mengurangkan minat pengunjung untuk teruskan membaca. Sebolehnya kurangkan menulis entry tentang peribadi anda. Sebab kemungkinan pengunjung mulai bosan kalau entry pasal anda sahaja. 

Widget
Elakkan memasang widget dan banner iklan yang berlebihan, sebab pengunjung tidak berapa suka kalau blog di penuhi dengan iklan sahaja. Selain itu, aksesori blog kena ada, seperti penggunaan warna blog, font yang digunakan mestilah jangan terlalu smallest, karang pengunjung boleh sepetkan mata semata-mata nak baca artikel anda..hahahah..tidak ketinggalan speed blog, ini amat penting sebab kalau line tengah lidut"lambat" memang langsung tak dapat bukalah blog korang sebab widget banyak sangat. Sampai pengunjung buat keputusan untuk tekan X la jawabnya. 

Image @ gambar
Jangan lupa masukkan gambar dalam entry, sebab sebahagain besar pengunjung lebih tertarik dengan gambar terlebih dahulu berbanding entry anda. Pastikan gambar bersesuain dengan entry. Carilah gambar yang paling menarik sekali, biar pengunjung tertarik.

Update entry perhari
Sebolehnya jika anda mampu buatlah entry perhari. Satu hari untuk satu entry, sebab ini memberikan kesan yang baik, kerana pengunjung menganggap blog anda terupdate setiap hari dan ini akan membuatkan pengunjung tidak sabar-sabar nak baca artikel seterusnya. Kemungkinan mereka akan berkunjung keesokan harinya kerana takut ketinggalan bagi setiap entry.

Ok, setakat ini sahaja perkongsian untuk tips ramaikan pengunjung blog. Harap di praktikkan oleh anda semua. Jikalau banyak kekurangan, harap di maafin. Sebab saya pun baru nak belajar.

Saya bukan mahukan follower..tetapi saya mahukan pembaca yang setia..^^

37 ulasan:

Aswan Az berkata...

nice entry...

kitatauke berkata...

setuju sentiasa kene update...tapi pening gak nak pk..ape benda nak tulis..huh..

Farah Arina berkata...

waa nice tips. :D

Tanpa Nama berkata...

bagus tips ni. saya kalau nak bagi pengunjung ramai, selalunya blogwalking atau update entry :D

Mizz Aiza berkata...

setuju dengan kelima-lima tips membuat ramai pengunjung blog ini.. membalas kunjungan rakan yang singgah juga mungkin dapat menghasilkan pembaca setia.. saling membantu antara 1 sama lain..

fragmenbiru berkata...

Wah..tips yg sngat baik.. tq share ..

Tanpa Nama berkata...

salam huny...

menarik tips ni tp buat masa ni entry akak tkde pic coz line slow sgt nk tunggu upload terlalu lama,meman tk best sbb tk dpt boh pic,terasa kekosongan entri.,,tq syg atas tipsnya

Vee berkata...

Yes, iklan yang berlebihan sgt mengganggu. Ada yang sampai menutup entry, susahnya nak baca; kena zoom out dulu. Sobs..

Blog Santai berkata...

betul tu Eda..sebenarnya bukan senang untuk senang untuk mencari pengunjung setia dan mereka yang ingin singgah di Blog kita...kena usaha lebih sikit dan yang penting jangan sombong...

Linda berkata...

Thanks for info...saya follow sini

Unknown berkata...

perkongsian yg baik
moga kita menerima byk kunjungan pembaca

Khir Khalid berkata...

Terbaik.. t kasih diatas perkongsian tips & nasihat eda.. :)

Asha Lya berkata...

bagus nie tips dari eida..ada sesetengah suda kita praktikkan :)..suda d kira cukup jika punyai pengunjung yg setia.tak mengharapkan pun follow yg byk

Blog Kampret berkata...

Saya mau coba nih supaya banyak pengunjung seperti blog mbak :)

Blog Kampret berkata...

Bagus nih artikelnya. Izin membaca ya dan mencari teman hehe

Teena Tna berkata...

Yupp, kalau entri yg kta update tu betul2 dari hati, pembaca dapat rasainya & pasti akan tertarik dengan blog kita :)

Aku pengembara berkata...

Samalah kita.. x perlukan sangat fillower. Tp apa yg lebih penting dari itu, pembaca yg setia.. Bkn senang dapat...

Teruskan dgn tips2 mcm nie. Sokong :)

Unknown berkata...

berguna tips ni..tq :)

Nory Zoulkefle berkata...

nice tips...
nory ikut mood jugak nak update setiap hari...
blog walking plak tetapkan sehari dalam seminggu..blogwalking sampai lebammm...hehe

Azlan Strider berkata...

thanks eda for the tips..no 1 tu memang penting untuk dapat UV jer tapi penting untuk merapatkan silaturahim..kan??kan??hehehe

Regards,
-Strider-

Affy Afiqah berkata...

nice tips huny eda!!!
TQ for sharing....setuju juga dengan tips ni....cuma sekarang bloggak terabai sikit...sebab ika busy..heeee

Affy Afiqah berkata...

*agak

shamyheart berkata...

Bagus..
Semuanya kita kena buat, barulah ramai orang nak berkunjung =)

norhasnizakhalid berkata...

nice tips dear.. :)

Unknown berkata...

Memang sedaya boleh nak update setiap hari... tapi apa kan daya.. blogger parttime nie.. camtu laa... kadang update kadang tidak...

Cerita peribadi... tak boleh nak elak sebab belog k idah mmg genre nya ttg kehidupan seharian diriku.. :)

Unknown berkata...

Memang sedaya boleh nak update setiap hari... tapi apa kan daya.. blogger parttime nie.. camtu laa... kadang update kadang tidak...

Cerita peribadi... tak boleh nak elak sebab belog k idah mmg genre nya ttg kehidupan seharian diriku.. :)

Cik Itah berkata...

nice sharing~ :)

Mardiah Diana berkata...

Suka dengan entri ini..sangat berguna untuk saya si blogger baru..terima kasih yer dik..

Kerist berkata...

Bingung,dah bagus tapi,ttep sepia aja

Unknown berkata...

terima kasih

HONEYZ berkata...

Tips yg bagus. Terima kasih memang mencari sebab masih bru ber blogging

Unknown berkata...

terima kasih dengan perkongsian..amat membantu..

jom lawat blog saya

amanne8257.blogspot.com

Unknown berkata...

Ye..betul tu.Tapi saingan dlm dunia blog memang cukup tinggi.kena kuat la kn.

Amirulfiq berkata...

Terima kasih kerana tips tu mmg membantu...klau sudi lawat blog sya
Fiqbakerys.blogspot.com

Unknown berkata...

Thank untuk maklumat itu

Si Sophee berkata...

Nice topic.. tapi bab update. entry je yg agak pening sikit

Khalid berkata...

I folow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda