Assalamualaikum
^___^
Kenapa doa kita tidak makbul?? Kenapa doa kita tidak sampai??? Sedangkan kita sudah banyak berdoa dan berserah kepadanya..Kenapa?? Selalu sahaja mengeluh denagn nasib yang penuh malang. Dan kalau rasanya doa tidak termakbul terus rasa down dan berputus asa. Why...why...why....??? Ini kerana hati kita yang buta disebabkan :-
- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
- Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
- Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
Aku hanya insan yang lemah, pernah merasakan sedemikian. Aku sering berkata kepada diriku, sememangnya sabar itu lebih baik, kerana semua itu pasti ada hikmahnya. Ingatlah..!!!!
Apabila Allah memakbulkan doa kita dengan cepat, maka dia menyayangi kita
Tapi......
Apabila Allah lambat makbulkan doamu, Dia ingin menguji kita
Dan......
Apabila Dia tidak makbulkan doa kita, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita
Oleh itu......
Sentiasalah bersangka baik pada Allah..sesungguhnya dia lah sebaik-baik pencipta
9 ulasan:
Setuju setuju setuju.. hohoh. prkongsian yg baik.. hehehe
Huny....
Rajinnya buat entri di waktu begini...pengisian utk jiwa akak sebelum tidur...terimaksih syg....
Subhanallah.. sesuatu yg sgt baik utk renungan & muhasabah bersama semua.. t kasih diatas perkongsian eda..
berdoa dengan hati yang redha dan bersungguh2..selalu berdoa insyallah Allah swt mendengar..
sangat bermanfaat perkongsian ini.. terima kasih kerana mengingatkan..
Doa tak dimakbulkan kerana Allah ada yang lebih baik untuk kitakan honey..Tapi janagn berhenti berdoa coz Allah itu maha menyayangi!!!
kata-kata ibrahim adham. seorang raja yang tawadu'.. ;)
satu perkongsian hebat yang tersentuh hati mama membacanya.. :)
perkongsian menarik.. Muhasabah diri.. :(
Catat Ulasan