Assalam
!*__*!
Perasan tak semenjak dua menjak ne saya kesiokkan sangat join GA. Sebab takde idea nak tulis entry baik join GA kan. Hampir semua GA saya join. Dan tidak berkesempatan nak blogwalking blog lagi, sebab keadaan macam kurang sihat siket, sebab tu join GA je. Jangan terasa erk if blog korang saya tidak singgah..Ow ya, berbalik pada tajuk, itu hari saya ada ternampak bicara soal wanita di tv alhijrah berkaitan tentang melatah.
Melatah bukan satu perbuatan yang dibuat-buat, sebaliknya, ia berlaku spontan kerana sudah tertanam dalam diri individu berkenaan. Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan.Orang melatah ini sebenarnya tidak suka dijadikan bahan ketawa dan ia boleh menyebabkan mereka rasa tertekan.
Selain itu mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah. Nak di panjangkan cerita, tetamu yang di jemput dalam bicara soal wanita itu, mengalami melatah sebab sebelum ne dia suka sangat mengusik mak mertua dia yang sebenarnya kuat melatah, dengan itu, dia pun terikut-ikut dan sudah menjadi tabiat. Makanya jangan suka usik orang yang melatah,kang kena pada batang hidung sendiri.^^
Tips mengawal tabiat melatah
- Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristighfar beberapa kali sehingga fikirannya kembali tenang dan tenteram.
- Elakkan terlalu rapat dengan orang melatah, sebab ia faktor anda turut sama melatah, jadi elakkan berjumpa tipa hari.
- Banyakkan berzikir
- Selalunya orang yg kuat melatah akan menggenggam tanggannya apabila bercakap bagi mengawal sebarang respon yang tidak diingini.
Note*Kekadang saya pun pandai terkejut sendiri dan mencarut"mamakku cantik" hihi..
19 ulasan:
Salam eda...
Haaaaa...kan senang akak nk jln ke sini...hrp eda sihat sj dn mood menulis kembali ye..join GApun satu kebaikan juga...manala tau menang hadiah,yg penting,support blog kwn2...akak kesian bila tgk org melatah sbb selalunya,lps melatah mereka akn rs penat....
@Wirda Amiryay betuk kak wirda..support yg penting..tq bagi list dlm blog kak..hihi.org melatah ne memang cepat penat kan..
jangan cepat melatah ....penat karang.
Vee slalunya akan sebut "oh mak saye". Jadi org semenanjung kejap. Hahaha :P Tp melatah bukan tahap kronik, cuma kalau ada barang terlepas dr tgn je mcm tuuu. Kekeke..
Vee slalunya akan sebut "oh mak saye". Jadi org semenanjung kejap. Hahaha :P Tp melatah bukan tahap kronik, cuma kalau ada barang terlepas dr tgn je mcm tuuu. Kekeke..
Orang yg selalu cuit org melatah, besar kemungkinan untuk kena melatah jugak..
Mmg betul tu.. klu melatah pun biarlah dibiasakan sebut perkataan yg baik2...
kadang-kadang kita kesian tengok orang melatah ni honey...macam penat sangat bila dah habis tu..agaknya dia guna banyak tenaga kot..
kita pun tak dapat nak kikis sikap melatah nie..apa tidak geng kita pun semua melatah..:)
hukhuk sy tergolong dalam golongan ni huhuhu suka melatah..entah macam mana la mau buang habit ni..
best kan join GA ni?
mmg suka tgk org melatah..
tapi kesian jugak kt diorg tu..
asik jadi bahan lawak jer.
akak ada sorang kawan suka melatah.. kadang2 tue kesian tgk dia kena usik..sampai penat jadinya..
kalau melatah yg sebut benda tak sepatut nya di khalayak ramai tu mmg memalukan .. :)
kadang bahaya kalau melatah ni.. boleh cederakan org tanpa sedar..
betul...jgn kacau org yg melatah...sbb lama kelamaan akan jd kat diri sendiri :)
Salam mbak :)
Seperti nya di janjikan, ini entri post untuk blog saudari..sori lambat sikit..
http://thescreammer.blogspot.com/2013/12/ieda-hunyiedablogspotcom.html
Jika ada kelapangan insyallah sy akan kemari lagi.. terima kasih..
p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html
melatah tu perkara biasa tak kira usia.. alhamdulillah setakat ini belum melatah lagi..
Catat Ulasan