Pesawat penumpang patah balik ke Perth akibat enjin terbakar

Assalamualaikum

* * * 
Perasan tak, sejak akhir-akhir ne ada saja kemalangan kapal terbang. Banyak sangat mengenai pesawat. Ermmm...semua itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. 

PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. 


Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. 

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. 
"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. 

Sumber : BH

8 ulasan:

Nasuha Puteri Nass berkata...

Assalamualaikum.... Yalah.... Ada sesuatu yang harus kita pelajari dari apa y telah jadi....

Sylarius Yusof berkata...

Sekarang ni tengah musim pesawat bermasalah agaknya. Lepas satu, satu insiden timbul.

Farah Waheda Wahid berkata...

sejak MH370 ni, banyak betul kes pesawat2 kan?

Yobert Parai berkata...

bahaya banget ya, semoga tidak ada korban jiwa...

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Lama2 orang jadi fobia nak naik...

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

macam2 sekarang

Anne Nurain berkata...

sebenarnya masalah2 kapal terbang ni dah selalu berlaku, tapi disebabkan sekarang ni kecoh pasal mh370, flight lain yg bermasalah pun ikut jugak masuk berita.. pdhal sebelum ni tak dihebohkan pun.. hihi..

Hafiza AizZawa berkata...

musim cerita pasal kapal terbang jer.. takut pulak nk naik flight skrg nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda