Tudung Fareeda Vs Lato Ieda

Assalamualaikum

* * * * *

Asyik-asyik entry berkaitan tudung FAREEDA, takde lain kah? Memang hebat penangannya tudung FAREEDA ne, ini sebab tutorial yang di gayakan oleh blogger yunabella la ne, dah semakin femes dah adik kita serong ne, asyik-asyik orang sebut nama dia jer. Karang batuk terus cik adik kita tu. Heehehe

Di sebabkan tudung FAREEDA punya pasal, blog aku pun turut femes kejap, mana tak nya, keywords FAREEDA tu la yang naikkan pageviews blog aku naik kebelakangan ne. Sampai google pun senang nak detect blog aku dan berada carian teratas google. Bangga kejap..hihi.

Abaikan tajuk di atas yang tiada kena mengena dengan entry ^^

Okay, forget it.. Sebenarnya cuba korang lihat gambar kat atas ne.. Siap telan air liur aku bila tengok picture ne. Kalau orang Sabah mesti tahu punya. Boleh di katakan rumpai lautla, tapi aku sebagai bangsa bugisnese panggil makanan ni "Lato".

Dicicah dengan lada, tambah siket limau,, uhhhh...tak dapat nak bayangkan keenakan Lato ne. Sekarang ne ni pun tengah telan air liur siap menaip. ahahahhaha.. Cara makannya senang gak, rendam Lato ne guna air, senang kira cuci Lato lah macam tu, rendam macam tu gak, ambil sebatang, celup dengan lada yang dicampurkan perahan limau, campur garam siket, comform hilang telinga. ahahahhaha... 

Memang terbaik lah..favourite ne..makan cam tu gak..fuff.!!! lazat sampai nak lagi..heee...korang pun try lah...tak rugi punya ..

12 ulasan:

Sally Yatiey berkata...

1st time dengar ;D

Bbwana adienia berkata...

adei..sedapnya makan lato tu, lama sudah ni nda makan..sedap betul tu tau makan dengan ikan bakar..terliur ai!!!^_^

Nao Mei berkata...

Sedap ke dik hihi
Kalau kat sini memang dia org buat kerabu.

Petak Bunga berkata...

Ni ke yg org makan .. kolegen tu ek?

SSurianah Yana berkata...

wahh...sdap nya^^..masih segar lagi^^

Nini Hanini berkata...

first time tengok tp mmg nampak sodap..hehe

nana kimie berkata...

1st time dengar & tengok:)

Vanessa Ricky berkata...

Apakah ini? Fish caviar?

Umiey Zalora berkata...

1st dengar.. rasa cane..??

Asha Lya berkata...

terus terang lya tak pandai mkn hihi..dah cuba paksa bljr mkn pun masih tak dpt telan..entah knp.dah la bakal suami org semporna haha..memang menu utama diorang :D

Khir Khalid berkata...

Baru tau ni... mcm menarik & sedap je ni...

Fadzillah berkata...

Salam Hunyeda.... Pertama kali akak lihat tentang makanan ni.... sekali tengok macam telur ikan je. Teringin juga nak rasa bagaimana sedapnya lato ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda