Tahan kentut ketika solat

Assalamualaikum
****************

Pernah tak sesiapa yang ketika solat dia tahan buang angin sebab malas nak ambil wudhuk balik..hehe...terus terang aku sendiri pernah jadi macam tuh...yalah dah nak habis rakaat..itu yang tahan tu..hihi...nampak sangat malas kan....ok, korang rasa adakah solat kita akan terbatal jika tahan kentut@buang angin....dan apa hukumnya seseorang yang sembahyang dalam keadaan dia menahan buang angin....itulah yang kita nak bincangkan sekarang ne...


Yang sedia maklum syarat sah solat mestilah terpelihara daripada perkara yang membatalkan wuduknya. Satu perkara yang membatalkan wuduk ialah membuang angin atau terkentut. Jika ia menahan sehingga angin tidak keluar maka wuduknya tetap sah. 

Akan tetapi solat seseorang yang menahan angin atau air kecil dan besar dihukumkan makruh oleh ulama kerana keadaan demikian sudah tentu mengganggu soal khusyuk dirinya. Namun perkara ini tidaklah sampai membatalkan solat. 

Justeru, usahanya menahan angin itu sendiri tidak membatalkan solatnya. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut)."

Tapi perlukah kita menahan kentut..kalau nak dapatkan khusyuk solat kenalah elakkan benda ne berlaku..kalau boleh awal-awal korang dah kentut, then pergi ambil wudhuk balik..hehehehe....kan selesa nak solat...tak perlu tahan-tahan segala...x0xo

9 ulasan:

Sha Purple berkata...

Nice sharing dear...haha..tu la kadang2 terpaksa tahan jugak kan..dah last2 lak tu..suka info camni.

msredcheesecake berkata...

macam terasa je akk...hahaaa...

Chot berkata...

Sy ngaku sy pnh buat..huhuh. Thnks for the entry

AINA ZAIRULNIZAM berkata...

Selalu sangat... :P

Farah Waheda Wahid berkata...

ha ha ha, part tahan tu memang betul, sedaya upaya tahan....

Wirda Amir berkata...

kira boleh la ye ieda...hehehe tp kalau dah akhir2 solatlah..kalau dr awal solat di mana nak datang khusyuknyakan...?

Khir Khalid berkata...

Klu tahan kentut mmg akan hilang khyusuk solat.. :D

Azlan Strider berkata...

betul tu..kalau dah menahan kentut, bukan solat jer..apa2 nak buat pun tak khusyuk..hehe

Regards,
-Strider-

Cik Itah@RRP berkata...

selalu hahhaha bad habbit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda