Pantaskah syurga untukku

Assalamualaikum 

*****************
Bila malam yang hening, dan mata masih liat belum mahu tidur, gerak-gerakkan jari sambil menekan kepeard dah mulalah menaip entry dengan laju. Comform esok bangun lambat..aishh.. Ok, lupakan pasal ini.

Ermmm...syurga..!!! Pantaskah, layakkah untukku. Seringkali terbayang kalau-kalau kita bukan salah satu ahli syurga..Ya Allah...tidak dapat di bayangkan. Nauzubillah


Semua orang pasti mengimpikan SYURGA. Sejahat sebaik mana pun manusia di bumi pasti inginkan pengakhiran hidup yang lebih baik. Tapi adakah pengakhiran kita akan baik. Semua pun tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita nanti. Perkara ini sering bermain di mindaku dan takut kalau kita belum sempat untuk mengubah kepada yang lebih baik

Sesungguhnya, aku insan yang sangat lemah. Yang sering lalai dan leka. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu dan juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Pantaskah syurga untukku dengan kelakuanku yang jauh dariMu. 

Indahnya dunia ini. Bekerja dan terus bekerja tidak pernah lelah. Time bergema azan subuh aku lelap tertidur, gema azan zuhur, aku sibuk bekerja, gema azan asar aku giat tidur. ..dengan semua itu, pantaskah syurga untukku. Muhasabah diri kalian semua. Semoga kita berusaha untuk mempantaskan diri kita.


Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban

3 ulasan:

Khir Khalid berkata...

In shaa Allah.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua agar tetap berada diatas jalanNya yang lurus.. amin.

TelingaBulat berkata...

kata2 yg indah..bile malama2 la sebenarnye byk sgt terpk ape nk ditaip..mlm ilham datang ;)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal berkata...

insyaAllah.amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua catatan di atas daripada Hunyeda