Assalamualaikum
*********************
Hii...apa khabar semua..tadi tengah minum-minum teh tarik, makan roti canai kat restoran, tetiba ternampak pula kawan baik lama yang memang lama tidak pernah jumpa selepas aku pindah dekat SM. Teknik. Sebelum ini, kami main balas membalas surat je, memandangkan duk hostel kat Teknik tidak boleh bawa Hp, sebab itu salah satu peraturan sekolah. Kalau nak di bandingkan sekarang, budak-budak zaman sekarang dah boleh bawa Hp ke sekolah.. Dahlah dia kawan yang baik time sekolah menengah, sampai aku sendiri di panggil kakak, tapi kenapa tadi jumpa macam tidak mesra. Dia cuma senyum and lambai tangan, then belah begitu je. Langsung tidak menegur sapa. Tanya khabarkah..apakah....
Maklumlah, tadi nampak dia berjalan dengan seorang mamat, mungkin malu nak tegur aku kot. Perasaan sedih and terkilan muncul di hatiku.. Kenapa dia berperangai macam selalu berjumpa, padahal kami memang lama tidak berjumpa..Sepertinya aku kehilangan kawan yang periang seperti dahulu. Kalau nak di ikutkan hati, mahu je aku terus peluk dia tadi, tapi sebab nak cover tempat khayalak ramai, jadi aku pun balas senyuman je tadi. Kenapa perlu mahu menyombongkan diri...kita dah lama tidak jumpa, kalau boleh mahu cerita panjang lebar. Tapi tadi seperti dia buat dirinya seperti artis. sob..sob terus di hati.
Tapi aku thing positive je, mugkin dia mahu cepat kot, tuh yang dia main belah je..Cukup bagus dia senyum dengan aku, kalau main belah je dengan muka selamba taik hidung masin, kan lagi sedih dibuatnya.. huhuw...kawan satu persatu hilang seperti air mengalir...
6 ulasan:
sabar ja la yunk..aku ada kawan macam tu jugak..dia exclassmate masa menengah dulu..terjumpa d poli tapi dia kira senior la sebab dia masuk dulu...dgn manisny aku senyum dia balas pun tidak huhuhu memang terkilan bila ada kawan macam tu huhu
1 - Mungkin dia nak cepat atau ada pekara lebih penting.
2 - Khayalak @ khalayak? hehe :)
Sabar lah.. mmg sedihkan klu kawan mcm tu.. anggap baik je lah.
@Adam Azra heee....bikin malu..dah tukar pun tuh.
keep calm okay. remember back your happy moment together with her. then, you will not feel disappointed with her.
aah myb dia busy nak cepat kot
Catat Ulasan